Thursday, February 14, 2013

kad diberi penguat diri.

Sedang aku mengumpul kekuatan....ya aku kena kuat supaya dapat membantu dia yang sedang berlawan dengan badai dan taufan....aku terjumpa coretan ini.Senyum aku sendiri .Biar aku sendiri tak pasti siapakah antara mereka bernama demikian....Ya ..aku terlalu lemah dalam mengingati nama dan rupa.Maafkan ticer.

Walau tersadung bahasa,kelaut grammar,aku tetap bangga anak ku.Anak kecil itu memberi aku kekuatan semasa dia menghulurkan kad satu hari yang panas.Panas hati dan panas emosi akibat perkara perkara diluar kawalan ku.

Kad ucapan hari lahir dari tangan kecil itu buat aku rasa seperti dipuncak gunung himalaya.Sejuk hati ,sejuk rasa.Walau salah ejaan ....oh Rozana...anak didikku.


Semasa aku mengemas laci ,mencari dokumen yang hilang,satu lagi kad aku jumpa.Kad buatan tangan .Kata pemberi,kad itu adalah rasa hatinya.Dia boleh saja membeli dari kedai tapi itu tidak menggambarkan dirinya.Basah pipiku bila ku baca.Semoga dia sentiasa bahagia dimana saja dia berada...bekas guru semasa aku menjadi GB disebuah sekolah.

aku juga sayang kamu
Antara kad kad ucapan dari mereka yang ku sayangi....anak anak ku.Hari valentine ini  buat mama teringatkan kamu.Walau kita tak menyambutnya ,tapi mengingati yang tersayang tidak perlu hari istimewa kerana setiap hari adalah istimewa buat mama.

Dan badge ini buat mama senyum sendiri.Am I?


2 comments:

  1. salam makcik...maaf sy blm cukup mengenali anda..t.kasih bertandang dan komen d blog sy..sgt menghargainya.
    responce komen makcik ttg mee udang..
    @makcik mokja , ..kalau pulau sayak punya mee udg mmg sempoi..banding ngn sg dua punya lbh krg sama sja...bg sy lbh suka mencari kelainan. asalkan sedap sy cuba hebahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salaam PCL,
      TQ kembali .Tak kenal maka tak cinta,dah kenal mau rasa loya...hehe lawak aja.

      nanti raya dtg rumah,makan mee makcik pula ..lepas tu banding..apamacam.Setiap raya puasa ,dah jadi kedai mee rumah makcik....hehe.

      Delete