Kerana kesinambungan hidup ...apa apa tuntutan perlu didamba
Tidak boleh kata tak apa,naheee,apa ra.
Nanti adalah padah ganjarannya
Ramai ramai datang pelawat
Dari jauh nun di Putrajaya nan hebat
Datang mereka buat warga sekolah jadi kekwat
Kadang kadang tak tahu mana satu nak buat.
Mana fail ...mana minit.....mana rekod
Itu yang mereka nak sangat tengok
Habis sana, habis sini mereka jengok
Sampai longgok sampah pun mereka sibuk.
Kesian aku pada mereka
Anak anak ku juga apa kurangnya
Menjadi guru bukan garu
Bukan kerja senang sudah tentu
KSSR,Linus,PLBS,SAP,SUP, entah apa apa lagi
Tak habis habis atas nama transformasi
Buat guru tak henti henti
Di beban oleh kehendak birokrasi
Walaubagaimanapun,
Sekali kaki melangkah
Jangan kau berundur kalah
Jadilah guru yang gagah
Kemana pergi orang tak sanggah
Pada warga sekolah nun di hujung negeri Perlis yang pelawat datang berkampung,
Selamat menanggung!.....oops.......pandai pandailah menari canggung.hehe.
Selamat malam.
No comments:
Post a Comment