On the home ground ,macam cerita 1000 satu malam aja yang berlaku.Tapi entahlah sejak Dello pergi,dia macam membawa hati ini sekali.Dah tepu dan beku untuk mencoret kisah kisah mereka.
Begitu jadinya bila sesuatu yang kita sayang tiba tiba hilang dari sisi.Susah benar nak diganti.
Tapi antara ramai ninasandaq menarik perhatian.
Lihat tu….ubat bersalin martha tilar aar agaknya yang dipakainya satu hari.
Dulu dia kerap bersandaq di tepi dinding tapi kini nampaknya kesukaan itu sudah tiada lagi.Dia bertukar pula berbaring dilantai untuk menyusu anak anak dia yang bertiga.
Mungkin juga cara dia memulihkan peranakan dengan duduk begini.Dulu tak pula dia berbuat demikian…..
Ya….nina dah jadi emak.Siapa kata dia mandul.
Geli hati bila teringatkan kisah dia nak bersalin.Tak berenggang dia dari cikli.Minta simpati.Hening mata dia memohon kami beri perhatian .
Akhirnya tengah malam itu…dia bersalin dalam laci plastik yang disediakan.
Tapi kenapa dia mengusung anak kecil Jade yang hitam legam masuk ke laci sekali masih jadi persoalan.Pantang dia nampak mereka berdua,akan digonggongnya ,Meronta ronta budak budak hitam itu tak mau ikut.Sekali aku nampak Nina kena tampar oleh mereka.Jade juga kelam kabut nak menolong anak anaknya dari dikidnap nina.What a drama.
Sekarang dia dah tak peduli pada dua budak hitam itu….tumpuannya hanya untuk menyusu anaknya sendiri.Mungkinkah dia salah kira masa dia baru dapat anak.Fail maths agaknya sinina…kata kakaknya.
Tapi aku kesihan lihat perubahan dia.Selepas beranak pinak,dia dah tak peduli bucu tangga.Dia kerap masuk bilik air minum air.Matanya pun macam merenung sayu saja….
Kalau dia tak dapat minum….raungnya kuat menarik perhatian.
Semalam,jam lima dia dah meraung mohon dikeluarkan……….
Hmmm siapa pun tak endahkan……….akhirnya……Nah…menimbun isi perut dia lepaskan!
Nina.nina……
eeeehhh….dia buat buat lena
No comments:
Post a Comment