Sedang kecoh di facebook walau cerita itu setahun dah berlalu.
Seekor ibu dengan buasnya membelasah anak yang masih pakai pampers.Yang masih merangkak.Yang semestinya tak tahu kenapa dia dibuat begitu.Oh no…seekor pun tak layak dia dipanggil kerana binatang pun tidak mendera anak.Kan gitu Jade?
Adakah dia gila meroyan?
Untuk yang tak tahu perempuan atau ibu bersalin senang dapat penyakit ini.Lebih lebih lagi kalau ada masaalah dengan suami.Masa berpantang adalah masa dimana masaalah yang timbul akan memberi tekanan yang berlebihan dari waktu biasa.
Pernah seorang ibu mencekup muka anak dengan bantal.Anak yang masih lembik ubun ubun.Mujur dia cepat diselamatkan.Tapi sekarang anak itulah yang macam bayang bayang si ibu.
Watching the video ,aku marah kepada pembuat video yang sanggup ambil video penderaan selama 4 minit.Sanggup tengok anak sekecil itu dihentam dengan handphone,dicubit,diterajang.4 minit bukan 4 saat.
Tak bolehkah kau menyelamat budak itu dari perempuan gila tu.Kalaulah budak tu mati,kau juga subahat tau.Geram.
Kononnya dia takut nak selamatkan budak malang itu kerana dia pernah di hentam oleh perempuan gila itu.Wei…. so kau biarkan anak itu kena belasah seteruk itu.Just to save your skin.
Entahlah ….. dalam masyarakat kita ,selalu terjadi begini. Walau dengar teriak tangis anak anak dipukul ibu ayah,orang luar selalunya tengok saja.Itu urusan keluarga.takut dilabel kepoci.
Apalah yang akan terjadi pada bayi itu…..bimbang vicious cycle kerana seorang yang pernah didera semasa kecil selalunya akan jadi pendera…..susah nak tunjuk kasih sayang.
Pengalaman di besarkan dengan peraturan tentera banyak mencorakkan peribadi sendiri yang kaku.Susah nak reciprocates kasih sayang .
And halfway through,I realise thats not the way……………
Assalamu'alaikum Cikgu...
ReplyDeleteKhabarnya siibu itu sekarang sedang menjalani hukuman penjara bagi tempoh 18 bulan.
Semoga anak kecil itu membesar dengan sihat dan tidak trauma dengan apa yang pernah dialaminya.
Mamason
ReplyDeleteI menghela nafas panjang bercampur sebak didada ...
Tukang ambik video patut dipenjarakan 2-3 bln sebab bersekongkol. Penjara tak lama sebab dia buat video as proof; kalau tak mahkamah akan lepaskan siibu tu dgn alasan meroyan aka post partum lps melahirkan anak.
Kisah anak2 kecik dipukul, I ada cerita jugak. My jiran dulu kala.. tapi kita tak boleh nak kepo sebab masa tu baru jer pindah kawasan tu.. Lama2 bila kita dah baik sebagai jiran, sesi pukul memukul terus berkurangan. Budak dua beradik tu comel2 belaka, punyai juga nama timangan yg sangat comel. I omputihkan nama2 depa as 'brush & busy'. Comel kan?