Monday, May 7, 2012

kisah anak anak ku yang anak anak orang

 

Being a teacher anak anak orang adalah anak anak ku.

Walau hanya anak didik aka anak murid ,anak anak itu aku anggap macam aku anak anak ku .Tahun sudah mereka bersama  ku semasa pengajaran BI.Tahun ini bila mereka melangkah kelas,aku mengikut sama.

Anak anak itu telah 2 tahun bersamaku.Kerenah mereka masih tidak berubah.Tahun lepas puas aku mengamuk kerana buku BI jadi kapal terbang,jadi helikopter.Ingat tahun ini akan berkurangan.Rupanya masih terbawa bawa.

Hari tu aku buat thorough check-up.Maka antara buku buku itu ,ini yang ku dapat:

Aku tanya : siapa yang lukis ni?

Jawab sianak yang bukan anak ku : kakak buat

Aku teliti lagi buku itu

Siapa conteng? tanya aku

Adik buat.

Kesian aku pada anak itu,buku buku tulis dia jadi medan contengan adik dan kakak.Dia murid yang boleh maju dalam pelajaran,tapi kalau itulah yang terjadi,mau tumpul semangat dia hendak belajar.

Sudah dua tiga minggu aku dapati bilik yang aku usahakan,tidak lagi berada seperti aku tinggalkan.Pagi tadi ,buku buku berselerak dilantai dan ada dibuang dalam tong sampah. Bateri jam sudah dua kali dicuri walau tersangkut tinggi.

Mahu patah semangat aku nak teruskan usaha mencantikkan bilik itu.Aku adukan kepada pengawal keselamatan untuk tolong tengok tengok murid murid yang masuk semasa cuti sekolah.Dan dari soal selidik yang aku buat,rasanya orang yang bertanggungjawab boleh di temui.

Entahlah ,kadang kadang semangat guru meluap luap untuk berusaha meningkatkan pelajaran anak anak menurun dengan perkara perkara begini.

Tapi lega rasa bila awning sekolah diberi nafas baru seminggu dua sudah.

Lega .

Esok akan mula ujian pertengahan tahun…..Pengukur jaya atau lemah aku sbg guru.

Hanya 5 bulan lagi aku akan bersama SKRPB……rasa macam baru semalam aku pijak kakiku disini.Rasa macam kosong sumbangan aku pada dia.

Bukan semangat yang lemah walau penuh kerenah.Tapi tenaga yang goyah kerana setiap langkah ku rasa payah.

Hmmm…..age is not just a number.

4 comments:

  1. itulah cabaran seorg gurukan ,....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabaran zaman milinium berbeza dgn zaman batu.Dulu guru kata sekali murid patuh,sekarang 1000 kali pun belum tentu lagi ...
      rasa sangat perbezaan dulu dan sekarang.

      Delete
  2. Mamason
    I tengok bilik bersepah macam tu pun, I dah rasa hilang semangat. Bila keadaan begitu berlaku mulalah fikiran nih menular kepada ibu bapa which sometimes I rasa tak patut menyalahkan diorang pun but then again ... ada mereka kisah??

    ReplyDelete
  3. ciksom,
    Kadang kadang mai juga kepala nak kata :
    Ada aku kesah.....cukup bulan gaji aku sesah
    Tapi bila fikir dua kali....bukan semua anak murid yang bagi cikgu susah
    ttg parents ....hmm ada juga yang bersusah payah walau ada yang buat tak kisah.

    ReplyDelete