Saturday, April 21, 2012

tersasar

 

Riuh rendah sekolah hari tu bila sesuatu tersasar.

Murid murid di bangunan baru tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran lantaran sesuatu .Nun di hujung padang,dua payung terjun mendarat .Sesuatu yang bukan biasa.

Masa tu makcik dikantin,jadi tak dapatlah jadi antara penyambut tetamu.Hanya bungkusan ini yang dapat dirakam.Begitu juga bila motosikal motosikal hijau ini memasuki perkarangan sekolah.

Peristiwa itu tidak dapat dipaparkan dgn terperinci kerana menghormati permintaan anak muda itu.

 

Tapi ,sesuatu yang masih seperti 4 minggu yang lalu amat menggusarkan .Tentu merisaukan pengurusan kerana andai tersasar ,sesuatu yang tidak dingini mungkin berlaku.Dan minta minta tu janganlah ada dari kami yanng menerima akibat.Orang dibangunan dalam pekan dah diberitahu…tapi entahlah.

 

Bila terbaca pengurusan disaman ibubapa dalam kemalangan yang berlaku dalam kawasan sekolah,simpati aku pada mereka.

Semasa dalam jawatan, tentu aku tak tidur lina dalam situasi begini.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah hari ni,aku lihat sesuatu yang tersasar dari biasa.Sepanjang jalan,deretan bendera kati dan mata biru tingkah meningkah.Rupanya ada ceramah AI di situ.Mereka ku lihat dah naikkan bendera terlebih dahulu sejak dua tiga hari dulu.Pagi ni ….hah penuh jalan dengan bendera parti yang lain.

Teringin nak tengok keadaan yang tentu havoc bila dua buah parti mengadakan aktiviti serentak.Jangan ada yang tersasar masuk sungai sudahlah.

Entah bagaimana sibuk jalan Long Boh yang sempit nanti.Harap tidaklah tersasar dari matlamat masing masing.

No comments:

Post a Comment