Sunday, May 8, 2011

Terubat rindu

 

Hari hari kalau dihidangkan lagu dan dibuaikan irama se begitu,yang keras hati pun boleh jadi rapuh.Mamason pun begitu.Semenjak dua menjak lagu ttg ibu diputarkan pagi petang,jiwa jadi rindu se rindunya pada seorang yang bergelar ibu.Lebih lebih lagi dia masih ada.

The other day,on the way to KL,I did suggest stopping at her place for a short while.Tapi cikli keberatan kerana berkonvoi dalam perjalanan.Anyway stop there we must when we had a blown silencer.Cuma tak jenguk Puteri Jaya.

Jadi pagi itu,dengan membelakangkan apa apa rancangan yang datang,mamason serta cikli menuju SP.Niat hati,kalau seorang diri pun akan digagahi juga bertemu seorang yang ini.Biar pinggan periuk belanga tidak berbasuh.Biar baju bergunung tidak berlipat.Biar jemputan kahwin  tidak dipenuhi.Everything can wait.And another thing biar Gunung Matcincang tidak di daki!Sorry gang,actually mamason was bone tired to join after the KL trip.But things changed when the one that you missed so much make you strong .

Itulah dalamnya rindu mamason pada tokton yang hampir 2 bulan tidak dikunjungi. ………

On the way, melihat pada gerai gerai harumanis yang berderet selepas Kangar,mamason berhenti sekejap.

Cik berapa sekilo mempelam?

Yang masak 12 dan yang belum 8.

AMBOIboiboi …….. dah macam harga  durian.

Teringat kisah seorang pembeli yang memulangkan balik buah mempelam yang dibelinya.

Kak,saya beli mangga .Kenapa kakak bagi ulat sekali.Saya tak makan ulat…..

Dengan berbayar 20 ringgit dapatlah 5 biji mempelam. Yang belum gerenti baiknya. Adakala ulat pula sekali yang terbeli.Isssh mahainya.Well nothing comes cheap nowadays.

Tokton still her steady self.And adik Han dengan tangkas memasak pulut dan kuah durian serta bubur pulut hitam untuk sajian petang.Sebenarnya kami sudah berbrunch di sebuah warung kat A.S.Masakan kampung. Malangnya perut pula meragam tak kenal tempat selepas itu.

Keletah cucu cucu saudara dua beradik menghibur hati.

 OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dan dapatlah mamason melepas rindu pada tokton.Sebuah beg tangan sebagai hadiah hari ibu .And I know too well she deserved better than that. Regret that I didnt stop to buy her the sunkiss prunes that she loves. Lain kali ya bu.

Sayang ibu buat seorang ibu dari anak yang juga seorang ibu.

3 comments:

  1. Hmm...Dah jadi ibu laaaagi lah dapat rasakan kebesaran kasih ibu...Alhamdullilah.

    ReplyDelete
  2. Hani,
    Happy Mother's Day

    Naz,
    TQ.Happy Mother's Day to you too.

    ReplyDelete