Agaknya seluruh Msia waktu ini tengah demam.Demam periksa pertengahan tahun untuk anak anak di sekolah.
Mulai Isnin lepas ,SKRPB juga begitu.
Bermacam ragam dilihat semasa menjawab peperiksaan.Serius, selamba or ada aku kisah tertulis diwajah.
Tentu sebelumnya puas ibu ayah beri pesanan:
Jawab dengan tekun ,jangan main main
Add caption |
Ya mama…..kata anak mendengar
Dont worry…..mummy dear….Dell kan bijak orangnya.
Add caption |
Ulangkaji dibuat,buku dibaca
Kerana besok nak jawab periksa
Add caption |
Sarapan diambil mengalas perut
Perut penuh otak tak serabut
Add caption |
Bolehlah jawab soalan diberi
Sains,BI,BA tak susah lagi.
Mates lagilah pejam mata pun diberesi.
15 minit kertas soalan dah tak tengok lagi
Bila dapat markah baru tersengih nampak gusi.
Cikgu...
ReplyDeleteAnak2 saya pulak tiapkali ditanya lepas periksa...
'macamana? boleh buat tak?..' jawapannya selalulah ' Alah.. senang.. macam kacang...'
dapat report card... sangat terkejut....
itulah gayanya anak2 kat rumah ni bila waktu peperiksaan... dan yang herannya ibu dia selalu bertanyakan soalan yang serupa walaupun dapat jawapan yang serupa... dan tetaplah terkejut juga...
- Jadi Ibubapa ni kena banyak bersabar...
Akak,
ReplyDeleteJadi ibu dan guru sememangnya memerlukan juta juta sabaaaar.