Friday, April 8, 2011

Susah susah jadi cikgu.

 

Semasa mengajar ,memberi nasihat adalah part and routine bila dalam kelas,luar kelas ,di kantin even di toilet.Nampak ada yang perlu ditegur,makcik akan tegur,tak kira anak murid sendiri or anak murid orang lain.So walau bila diluar dari skop pendidikan perbuatan demikian makcik terbawa bawa.

Hari banjir tu,makcik seakan jadi vigilante corp.Bila terlihat anak anak se taman se neighbour menuju riang ke tengah jalan bermain air,makcik bising menyuruh mereka balik kerana longkang besar macam ternganga menunggu habuan.Sampai ada yang kata ….mak kami tak kata apa pun.

Begitu juga bila terlihat didepan mata anak anak naik motosikal bertiga dijalan besar tanpa topi keledar,makcik terasa nak beritahu ibubapa mereka.Bila lihat anak kecil merokok.Bila lihat anak besar bercouple…Sampai ada yang kata…mak kami tak kata apa pun.

Makcik dulu dulu bila anak nak balik ke tempat belajar mereka selepas bercuti panjang akan menyuruh anak anak berjumpa jiran jiran sebelah menyebelah untuk bersalam .Tetapi bila seorang pun anak jiran yang berpergian tidak pun jengok muka kita,amalan ini mati dengan sendiri.Dengar dengar dah berada nun jauh di utara ditimur seberang laut.

Orang muda tentulah suka dengan hiburan.Muzik rock kapak,heavy metal.Kadang kadang terangkat kepala bila anak jiran lima enam pintu tengah menghayati lagu kegemaran mereka.Anak jiran belakang rumah pula minat lagu hindustan.Tapi nak buat macam mana….mak depa tak kata apa.

Teringat amalan tok ton…selalu berpesan bila bercakap rendahkan suara. Ialah tengah malam masih terpekik terlolong bersembang sekeluarga.Bergelak ho ho ha ha tanpa ada batasan sedang jiran sebelah dah nak letak kepala.Tapi ada neighbour yang bila berkumpul anak cucu,suara mengalahkan hantu…..nak kata apa kan….mak depa tak kata  ..sssssh orang sebelah nak tidor.

Catatan ini bukan absolute perbuatan anak jiran tetangga makcik,tapi juga dari perhatian .Dari pena’kulan.

Susahkan bila jadi cikgu.

Serba serbi nak ambil tahu.

Bila sebal keliling nak di ambil peduli.

Lantas jadi cikgu Mariati.

Patah hidung siapa nak ganti?

1 comment:

  1. mama,malam ni boleh tak call ten kejap? hehe.takda credit~

    ReplyDelete