Alhamdullilah. Banjir dah surut . Dan hanya melimpah masuk bilik tayangan TV.
Jalan depan pun dah kering.Laman belakang pun dah tiada air cuma didalam longkang saja masih digenangi.
Sana sini sibuk makcik pakcik membasuh rumah dan halaman.
Berita dari Perlis FM kap kim kau juga menguarkan berita gembira.Tapi ada tempat yang air masih tak surut kerana air tak dapat mengalir ke laut.Eeeah sedap pula lagu Siam dj radio tengah dok main.
Banjir kali ini mamason tak pergi ambil photoshoot.Rimaih nak randuk air yang entah kuman virus bakteria apa didalamnya.So not much photos yang mamason dapat upload for all sundry to see.
Mesin ATM CIMB pekan Kangar out of order,terpaksa mamason kena ke Kuala to extend my lifeline. Perancangan nak ke Tssssco pun rasa malas saja.Nametag cikmerah entah dimana gugurnya.Cikli round satu Kangar,tapi satu kedai pun tak buka so cikmerah kena pakai nametag cardboard.Sabar ya .Besok kita buat baru.Pak Polisi harap maaf ya.Ala ala Latok.Ampun.
Oh ya ,semalam mamason makan mee bandung.Nak rekomen kat kawan rakan.
Nah ini dia .Sedap juga.
( Written on 3/4 -morning)
Dalam malas nak keluar rumah,Tsssssco macam menggamit mamason kesana.Lagi pun banyak barang dah habis.So petang kami berdua bercikmerah ke sana.
Tujuan nak buat nametag cikmerah.So sepanjang jalan mamason dan cikli bermain I spy. Akhirnya ternampak sebuah gerai yang ini:
Maka kami berdua pun menghadirkan diri ke gerai ini dan diberi kerusi untuk duduk macam ini:
Entah macam mana ,mamason boleh tersembam dari bangku palastik ini dan terhamburlah kawan kita cik olympus atas lantai.Mujur tak fatal.Tapi makcik dengan selambanya mengutip air muka yang jatuh macam tak ada apa apa terjadi.
Kami bertolak ke Tsssco selepas nama cikmerah digantung dengan sempurna.Habis misi pembelian ,kami bertolak balik dengan harta carian seperti ini :
Jangan ingat itu sahaja kerana 2 troli dibeli.Mau tahan sebulan
(Written on 3/4 –night)
Hari ini 4/4 mamason ke sekolah.Sepanjang jalan,kesan air banjir masih kelihatan. Habis divider jalan disodok bulldozer.
Masa melintasi Jalan Long Boh masih terdapat rumah yang bertamukan air. Pokok padi yang berada dalam beberapa stages of growing pun masih ditenggelami air.Kesian kan.Tak terkira kerugian mereka.
(Written on 4/4-evening.)
aduuh...kesian pada mangsa banjir...anak2 pulak tak dapat nak pi ke sekolah..cikgu-cikgu pun tak dapat mengajar...HOREY!!!
ReplyDeleteUncle,
ReplyDeletemasih ada kawasan yang air masih bertakung .Rasanya kami mangsa banjir dah phobia dengan air.So sangat tak seronok bila air mula naik.