Thursday, March 17, 2011

You make my day 2.

Warrrrk Warrrrk
Dengungkan bunyi diatas.Itulah bunyi suara si Nina setiap pagi menggerak cikli bangun.Dari luar tingkap.
Selagi tidak dijamu dengan makanan,bunyi itulah yang kedengaran.Semakin lama semakin kuat.Nina ,Nina.
Setiap kali pintu dapur dibuka dia menjadi yang pertama menerpa masuk.Macam kilat dia berlari ke ruang tamu dan menghempaskan badannya ke atas lantai terrazo.Di tempat yang sama dengan gaya yang sama.Without fail.Gelihati sunggoh melihat aksinya.Pura pura tidor.
Ewah…cari tempat sejuk ya.

Ricci pula sentiasa cool.Tak ada dia bising bising atau nak bermanja.Jarang benar dia nak merantau dari wilayah belakang hingga ke depan laman.Dia akan tidor diatas tv buruk seorang diri.Tapi bukan Nina.Pandai dia mengintai peluang untuk masuk bersenang lenang dalam rumah.
Warrrrrrk Waaaarrrk
Bunyi Nina lagi kalau gumpalan cebisan kertas yang dibuat mainan termasuk dibawah meja yang tak dapat dicapainya.
Dan warrrrrk  warrrrrrrk lagi bila Ricci tumpang sekaki menyepak kertas itu.

Add caption

Add caption

 
Sebentar kedebumm kedebammm meja kerusi almari dilanggar.Berpusing pusing kapet kecil yang mamason hampar.
Ehhh bukan setakat kapet,habis kusyen kusyen tungging langgang dikerjakan mereka.
Hmmm. Tak ada anak cucu,keletah kucing pun membuat mamason ketawa.

No comments:

Post a Comment