Monday, March 14, 2011

bila tangan tak jadi digoncang

 

Menitis airmata tua ku bila mendengar berita itu.Walau tidak ku kenal siapa dia dan siapa familinya. Namun hati ini terasa sunggoh terkesan dengan berita sedih itu.

Sedihkan bila rombongan pengantin dalam perjalanan ke destinasi perkahwinan ,berita melumatkan jiwaraga ini terbongkar.

Kerana tersalah hantar sms berita kecurangan terkantoi.Akhirnya pengantin perempuan minta putuskan.Dan pengantin lelaki tidak tahu bagaimana nak beritahu berita sedih ini kepada rombongannya dan meminta pandangan kawannya yang beratus batu jauhnya.Dan kawannya adalah anak ku sendiri.

Mama tahu kawan abang tak jadi kahwin.

Itulah yang telah ku coretkan lewat posting yang terdahulu.

2 hari lagi nak mengadap tok imam,pengantin perempuan buat hal!

Hampir tiga tahun yang lalu ,aku mengalami peristiwa pahit ini.Setelah hampir 80 % persiapan kenduri dibuat,pihak sebelah sana seperti terkena sampok,hilang ingatan dan meracau tak keruan.Susah nak faham .Tetapi fahaman ku terjawab bila kami terserempak dengan mereka di Ikea bergandingan.

Selama bertahun selepas itu aku yang bergenang airmata setiap kali lihat persiapan perkahwinan itu masih tidak disentuh.Setiap kali ditanya tentang anak ku,rasa sedih pilu tak dapat ku tahan.

Tapi mujurlah anakku dapat bangun kembali dari malapetaka itu.Ku tahu dia anak yang tabah.Dan kami sekeluarga sudah dapat menerima ketentuan ilahi.

Dan kepada mereka yang melakukannya … Berbahagialah kamu .Balasan tuhan kita tak tahu bentuk dan masanya.

Kepada pengantin lelaki yang tak jadi goncang tangan tok kadhi,sabar ya nak.Itu semua COBAAN.Semoga kamu tabah menghadapi cubaan ini.Juga kedua ibubapa mu.

2 comments:

  1. insyaallah akan dapat ganti yang lebih baik

    ReplyDelete
  2. KOG
    Semoga itulah kesudahannya.Moga terubat hati yang rawan.

    ReplyDelete