Wednesday, January 26, 2011

Kalau dapat ku iron minda ini

 

Baru habis iron tiga pasang batik.Besok kan batik day.Dan aku yang dah lama bersara dari membeli baju baru terpaksalah selongkar wardrobe untuk baju yang belum luntur.Tak kuasa lagi nak beli batik yang harga ratus ratus,nak pakai kena hantar dobi.Lagi pun manalah aku ada function sekarang ni.

Sepanjang ku mensetrika kedut kedut bajuku otak ligat memikir hal hal yang berbelit belit dalam kehidupan ini.Alangkah bahagia kalau aku dapat iron minda ini jadi licin.Basmikan kedut medut dalam otakku.

Tadi dapat panggilan anak .Cemas saja bunyinya. Baru minggu dulu dia kemalangan dan kami belum menziarahinya. Tapi isu ini lagi merunsingkan aku.Dia bimbang tentang jirannya yang kedengaran dan kelihatan pelik dan seakan dari ozon beyond.Eh eh bukan ozon beyond tapi ….outer zone .Sebagai ibu kerunsingannya adalah milik ku juga. Dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke KL Jumaat ini selepas sekolah.Mungkin boleh dicari jalan penyelesaian.

Kadang kadang terfikir aku sampai bilah agaknya aku terpaksa berdepan dengan segala hal ehwal anak anak  dengan kudrat tuaku.

Ada masa  aku rasa lelah.

6 comments:

  1. MAKCIK,
    masa bayi lain karenah, bila remaja lain feel dan kehendak.

    dah berdikari pun ada juga lagi yang kita kena perhatikan.

    anak-anak... gitulahhh

    ReplyDelete
  2. saya percaya kerisauan orang tua tiada penghujungnya. so long there is a percentage of responsibility in you, walau anak2 dah berkahwin pun, kita akan terus mengambil berat their well being (just my pendapat)

    semoga semuanya lancar bagi cikgu dan anak2, insyaallah

    ReplyDelete
  3. kak..nampaknya nasib kita hampir serupa...anak dah kwen..tapi bila bermasalah kita juga nk tolong settlekan..tp ida rasa nk beratkan mak dgn mslh ida tk sanggup lagi rasanya...cukup2lah...

    ReplyDelete
  4. Cikgu...

    datang KL tu kat mana? Kalau sempat, nak juga jumpa dengan Cikgu. :)

    ReplyDelete
  5. Mamason

    I am thinking in that direction too ...
    Jwpnnya sampai bila2 kot?

    ReplyDelete
  6. Azie,
    Tak berpenghujung tugas ibu dan bapa.Selagi ada kudrat ,kewangan tetap kita bantu.

    Noir,
    Selagi belum settle down,ibuayah jadi sandaran.Lebih lagi anak perempuan.So % of worrying is always high.Sampai rambut pun dah tukar kaler.

    Ida,
    Kalau tidak ibu bapa yang tolong anak anak,siapa lagi yang diharapkan.Lagipun tak sampai hati ibu dan ayah lihat anak dalam kesusahan.

    kakcik
    Niat nak pergi selepas Jumaat.Tapi terpaksa ubah rancangan.Cikli pula ada urusan.Saya ke Seri Kembangan.Kalau jadi boleh juga jumpa.

    Ciksom,
    Agaknya sampai dah tak boleh buat apa apa.

    ReplyDelete