Friday, January 28, 2011

Dari Jalan Besar ke jalan ban 2



Ingat nak buat posting 2 tentang  tajuk ini lain kali.Tapi dik Bujal dah tanya ….sekarang makcik ke mana?

Jadi makcik pun fikir baiklah makcik sambung la ni juga.Sedang masa santai masih ada.Entah besok dah ke lain pula……

sekolah yang betul

 

Selepas 3 minggu di SKTB ,aku diarah ke SKRPB,Chemumar,Arau. Sebuah sekolah yang hanya berenrolmen 142 orang dan guru +_ 24 orang.Sekolah ini benar benar dalam perkampungan dan dikelilingi sawah padi yang luas terbentang.Hendak sampai ke sekolah ini kena lalu jalan jalan sunyi kiri kanan pokok pisang dan sawah padi.Jangan leka kerana dikiri kanan sungai atau taliair menanti.

perhimpunan mingguan SKRPB

Perhimpunan pagi pertama aku hadiri.Entah bilalah agaknya aku dapat hafal lagu sekolah.Bab ini aku memang patut masuk kelas intervensi.

Awal awal lagi dah murah rezeki dijemput untuk jamuan perpisahan dan selamat datang.Sedaaaap.Kami ke Mona di Koma

Senang ingat: Mona di Koma.

 

Add caption

Hari ini ada acara Merentas Desa peringkat sekolah.Dan lepas RC nanti,mulalah makcik merentas tangga dari tingkat  1 ke tingkat 4.


Dan juga acara ini :

Add caption

Untuk soalan Bujal : Inilah sekolah yang makcik sahih bertugas.

SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN BUDRIAH...bukan Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah,Arau.Tu yang confuse... dua dua ada Budriah!

 


No comments:

Post a Comment