Wednesday, December 15, 2010

Upin,Ipin,Opin


Siang tadi mamason dan cikli menghadiri kenduri berkhatan di rumah BIL cikli berdekatan sini. Selepas meletak kereta di luar jalan kami menapak menuju rumah tuan kenduri.Terpaksa berpatah balik menukar sandal kerana tidak selesa kasut bertumit meredah jalan kerikil itu.



Berdekatan sini


jalan yang dilalui


Lauk kenduri yang dimasak secara kampung terasa lazat lebih lagi bila angin bertiup nyaman.Asam pedas keladi,ikan bakar,gulai nangka muda,sambal menambah selera.

Selesai makan,berjumpa sianak teruna dan juga tuan rumah.Dan gelagat anak anak saudara tuan rumah cukup menghiburkan.Menggelarkan diri mereka Upin,Ipin  dan Opin . Keletah anak anak kecil ini membuat makcik teringat masa disekolah dulu.Betullah murid tadika dan tahun satu cukup keletah.Satu ditanya sepuloh dijawab tanpa koma dan noktah.Gelihati.Agaknya kalau ada lima tentu mereka jadi Apin Epin Ipin Opin Upin.AEIOU gitu .

kenduri budak ni..

terjumpa upin ,ipin,opin

Selepas kenduri,cikli sarankan pergi sekali lagi ke AS.Harus cari Jaaakel sampai dapat kerana mencari fabrik untuk uniform pekerjanya.Selesai sesi mengukur lantai bangunan Jakel,kami balik dengan tangan kosong.Tak membeli apa apa dan terus pula ke Kamdar AS untuk cari baju pasang siap.Juga kecewa.

Akhirnya balik ke Kangar begitu saja.Tapi nasi lemak /minyak batu 9 ditapau untuk makan malam.Sedang menghidang,Dello yang kelaparan menerkam dan mengonggong seketul ayam panggang.Tidak berganjak dia dari membaham ketulan ayam itu walau kakaten cuba mengambilnya.

Grrrrrrrrrrrrr Dello bertambah panjang bila cikli juga memarahinya .Maka kempunan lah kami anak beranak nak bersarapan malam dengan ayam panggang batu 9.

Dello you naughty boy.Tak mau tak mau sambil goyang jarinya.Teka siapakah yang menggoyang jari ?

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu...

    Membaca menu lauk pauk kenduri tu, perut saya yang sedia lapar ni semakin lapar jadinya! ;-)

    InsyaAllah, kalau kesihatan suami mengizinkan - kami sekeluarga akan ke AS hujung minggu ini (atas tugasan suami). Kakcik dah hilang nombor telefon Cikgu. :(

    Kalau Cikgu masih ada nombor hp saya, tolong sms semula nombor Cikgu, ya?

    Terima kasih Cikgu.

    ReplyDelete
  2. Serononya pergi majlis berkhatan ye. Bila disebut juadah tu, rasa kecur air liur. dah lamanya tak dapat makan batang keladi masak asam.

    ReplyDelete
  3. Kakcik,
    Maaf banyak banyak lambat respon..technical error.

    Cik ina,
    Masak cara kampung oleh orang kampung dan makan pula dikampung....lagi best.

    ReplyDelete