Sunday, November 14, 2010

Merapi yang berapi

Just watched M3 on tv3 about the volcanic eruption in Java. Melihat kesengsaraan ,kemusnahan, kematian yang dialami penduduk disitu,the flood of Perlis dims in comparison. Tabik pada wartawan Tv3 yang membuat liputan.Tanpa menghiraukan andaian andaian yang mungkin berlaku,mencagar nyawa hanya untuk suatu berita. Keluh kesah tentang kesusahan banjir rasanya hilang begitu saja bila melihat kesengsaraan victims Merapi yang berlipat ganda.

 image

Syukur negara kita dijauhi dari bencana yang begitu.

Apalah hujan yang turun kalau dibandingkan dengan debu panas yang melecurkan. Kalau dalam banjir hari itu,sana sini bagai pesta disetengah tempat yang tidak berapa kronik bahnya. Anak anak berendam,menyelam dalam air.Mau dibuat begitu dalam hujan debu.

image

Syukur kerana tempat tinggal kami ,kerosakan hanyalah minimal.Tak dapat makcik gambarkan perasaan mereka yang kehilangan segalanya .Nyawa dan harta benda.

 

Merapi yang berapi,

Kisah tragis abad ini.

Yang hanya dapat diratapi

Untuk mereka yang pergi.

 

Merapi…Banjir….mengajar manusia untuk jadi tabah.Tanpa banyak keluh kesah.Itu semua ketentuan Allah.

3 comments:

  1. cikgu....
    setiap kita diduga dengan berbagai-bagai dugaan.. kan...
    untuk menyiapkan diri kita ke alam sana memang kita akan terus diuji....
    muga-muga kita berjaya menempah tiket di'sana'....

    ReplyDelete
  2. ada sebab musabab untuk manusia ambil pengajaran

    ReplyDelete
  3. Pn Rahmah
    Ttg tiket kesana tu yang buat lagi seram.Tentu berat lagi ujiannya.

    Ee
    tapi itu yang tak pernah manusia sedar.Kemusnahan alam masih rancak sbb tamak haloba habis gunung ganang ditarah.Talk about greening..yg nampak gonjenging.entahlah....

    ReplyDelete