Monday, November 29, 2010

Hati ibu…bila tenangnya?

Susah sunggoh nak pejam kan mata . I got up and switched on my laptop and started my rambling.Si ekor panjang pun bingkas bangun dan lompat ke atas meja untuk menemani ku. Si Dell dah jadi kebiasaan menemani makcik kalau makcik mengetuk keyboard. Sesekali dia melompat atas riba.Dan kalau makcik tak endahkan dia,atas laptoplah dia tuju.

Ingat bila  anak anak habis belajar,akan tenanglah fikiran ini.Tidak lagi berserabut tentang mereka.Oh sunggoh tidak tepat assumption itu.Sekarang timbul pula asssumption baru dalam list memeningkan kepala:

Alangkah bahagianya kalau mereka berumahtangga,punya kerja bagus bagus.Ada famili yang aman damai berlandaskan perintah agama.Syukur .But not everything would be handed down on a gold platter.

Sayu hati seorang ibu  bila anak dihempas badai dalam menuju pulau bahagia dan karam ditengah laut.Sayu  hati ibu jika anak yang dididik masih gagal mengejar impian.Sayu hati ibu bila anak yang disayangi jatuh sakit.

Dan lebih sayu hati ibu bila anak yang dah beranak pinak,gagal mengharungi cabaran berkeluarga.Rumahtangga kacau bilau dan jalan penyelesaian nampak kabut.

Hati ibu ibu memang bersimpang siur selagi hayat dikandung badan.Your task would not end even when the children are big and grown up,married and have their own family.

Itulah hati seorang ibu.Bila tenangnya?

Sayu hati ini bila lihat ibu yang menangis dalam pelukan anak semasa ijab dan kabul termetri.Lebih lagi bila si ibu terpaksa menggalas semua tanggungjawab.You are one strong woman.

6 comments:

  1. Mamason

    I dah mula fidgeting dgn topik nih ..

    Hanya Allah yang dapat menenangkan hati kita dengan doa yg tak putus2 dan terus tawakal.

    ReplyDelete
  2. Salam Cikgu...

    Bagi seorang ibu - anaknya bagaikan tak pernah dewasa. Asalkan kita jangan menjadi duri yang mengganggu rumahtangga anak-anak sudahlah, kan Cikgu? :)

    ReplyDelete
  3. begitu lah perasaan seorang ibu....sehingga mata di tutup pun masih kenang kan anak...saya pun macam tu kak....

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu,

    We are always our parents' 'babies' even if we're old and grey! They worry the same. And now, the table has turned on us. We worry for our children.

    Bak kata CS, tenangkan hati kita dengan doa. Dan saya setuju juga dengan komen kakcik dan Kak Ezza.

    ReplyDelete
  5. Salam,Ma. Aten dah nak terminate no aussie tau,mama. Aten sampai KLIA aten call guna no malaysia na on Thursday ni..aten beli no baru nanti tau,sebab sim card ten hilang,hek hek hek.Love u,nnti kat airport ada dyane,syapa,and safuan. :) See you soon! ;)

    ReplyDelete
  6. Cik Som,
    Once the kids are big,doa sajalah yang dapat kita panjatkan.Semoga tuhan membuka segala pintu yang baik baik dan menutup pintu yang tidak untuk mereka.

    Kakcik,
    Bila dah kahwin ,ibubapa perlu step aside.Biar mereka mendayung perahu mereka sendiri.Tapi kalau dah nak tenggelam,perlu lah tolong.Kan kan.

    Lili,
    Menjadi anak,tenangkan fikiran ibubapa,raikan mereka sbb apa yang kita buat utk ibubapa tentu anak buat utk kita.Baik atau buruk.
    Semoga kita semua berjaya dalam alam rumahtangga sehingga akhir usia...sbb tak semua akan sampai kesana in one piece.

    Aten,
    lambatnya hari berlalu .Sampaikan salam buat kawan kawan.Till we meet on Thursday,jaga diri.Jgn lupa check semua belonging.love you.

    ReplyDelete