Add caption |
air banjir di sekitar kampung
Banjir kali ini meninggalkan kenangan yang mungkin akan lekat dalam ingatan ini.
Hujan tanpa henti selama 3 hari membawa banjir yang lebih buruk dari tahun 2005.Kalau dulu makcik terduduk tapi kali ini terlentang terus.
Cemas sunggoh bila dapat cerita pintu empangan Timah Tasoh akan dibuka .Ya hujan tanpa henti selama 3 hari telah mengakibatkan limpahan air sehingga takat merbahaya. Air di parit belakang rumah telah sampai paras melimpah. Jadi makcik menyiapkan beg baju dan membungkus dokumen penting untuk langkah berjaga jaga. Pakli hingga pukul 6 petang belum balik kerja.Maka terpaksala makcik mengangkat barang barang yang termampu untuk ditempatkan ditempat tinggi atau dibawa bersama andai terpaksa berpindah.
macam musafir kan.
Keesokan harinya banjir dah mula nak masuk rumah. Suasana macam berpesta.Ada yang mengambil kesempatan bermain air dan kehulu kehilir meninjau banjir di persekitaran.Tapi air bertambah banyak dan laju.Bekalan letrik juga telah diputuskan.Jadi mau tak mahu kami terpaksa beralah kepada air banjir ini walaupun berat hati nak tinggal rumah. So @ 3 kamu menalipon 7971004 untuk bantuan pengangkutan. Sehingga ke senja tidak nampak bayang any help is available. Semua neighbour telah berpindah .Akhirnya telah gelap baru dapat truck yang membawa kami ke rumah mertua.Menuggu truck dalam gelap dan berendam air bukan pengalaman yang seronok.
mencari jalan pulang….van,traktor,lori pun jadi
2 malam kami disana.Disitu pun air banjir dah menenggelami sekitar kawasan dan bekalan letrik telah terputus. Dan anak saudara yang jatuh sakit juga membuat suasana menjadi cemas. Ambulance terpaksa dipanggil untuk membawa nya ke hospital.Lebih perit bila sisakit pengsan dan tidak sedarkan diri .
lori dijadikan tempat tinggal sementara
Perj alanan balik ke rumah juga tidak kurang interesting. Walaupun takut lintah,digagah juga meredah air.Boleh tahan juga jauh makcik meredah air.Kami menahan traktor yang lalu dan its quite thrilling riding on that vehicle dengan air menyiram kami.Lepas itu lori pula kami tumpang untuk meneruskan perjalanan.
mengabadikan kenangan
Sampai sekerat jalan van pula jadilah.Itu pun belum sampai kerumah.Terpaksa meredah air yang deras untuk sampai ke destinasi kami.
Penat sunggoh berjalan dalam banjir rupanya. Sampai kerumah ada cerita pula……Nanti makcik sambung ya.
Mamason,
ReplyDeleteI hope all is well. I heard Mama and Dad talking last night, they're sending some food aid to areas inundated now. I read in Aunty Roffini's blog that the worst is over in Jitra so we hope for the same in your area. Have patience in these trying times. purrr....meow!
pstt...we hope you anak buah is OK now.
syukur semua selamat dan sabar melalui ujian yg berat ini..namun ia satu pengalaman yg banyak pengajaran yg dapat kami juga kongsi bersama. semuga cikgu sekeluarga dan semua yg mengalami banjir ini dikurniakan kekuatan dan kesihatan dan ganjaran dari kesabaran.
ReplyDeleteCat,
ReplyDeleteThe 4 legged friends are ok but there were cats not so lucky.Their masters are still away.In Perlis,the flood is advancing in stages. In some areas it is still chest level.Luckily for us,the worst is over. Pray that it stays that way. Letih.
Nur,
ReplyDeleteAlhamdullilah,banjir dah surut. Cemas juga dibuatnya.Tapi cuaca masih tak menentu.Jadi nak simpan rumah pun macam tak berbaloi lagi.