Letih tak terkata mengemas kembali rumah yang dah lebih seminggu tunggang langgang.Sebab besok raya,merangkak or menjulur terpaksa juga lah kusyen kusyen togel tu bersarung.Karpet karpet tu dihampar.Buku buku disusun.Baju baju dilipat dan di almarikan.If not,I doubt it will be the same for another week.Tak kuasa makcik.
Petang sibuk pula dengan memasak hidangan.Mana lauk untuk ketupat.Juga untuk dimakan bersama nasi.Jadi sepanjang malam terpaksa bertarung dengan periuk belanga.Half way,rasa tak terdaya lagi.So ayam hanya sempat digoreng dan cili di tumis. Kemudian masuk fridge. Besok saja sambung. By the way dapatlah siapkan rendang untuk ketupat untuk dimakan di pagi raya. Kalau tidak tentu cikli frust.
Lepas sembahyang raya,destinasi seperti biasa …SP.A distance of 100 km. Lepas melawat tokton dan kakak baru pulang.Ada hal yang meggelikan hati ….kadang terasa diri jadi kurang cerdik pun ada.Keropok belinjau memang sedap.
Sampai balik dah 8.00 lebih. Sambung masak ayam masak merah untuk makan malam.Sayur kobis dan ikan kering.Amboi,bertambah tambah cikli .
Jade dah bersalin di wad bersalin cikli.2 ekor kali ni. Satu kelabu dan satu bertompok hitam.Abang Wen kata nak bagi nama sempena hari raya.Mama propose Ai dan Ad. Short form of Aidil dan Adha.Dek laci dijadikan wad bersalin,satu longgok baju kena basuh semula. Kerja lagi
Ini saja laporan dari no.7 untuk raya haji kali ini.Harap tahun depan semua dapat berkumpul .Terimbau masa beraya dibilik hotel.2 kali pula tu…pengalaman yang selalu kembali bila raya .
Bye .Love all.
Matahari betul betul mencucuk mata pemandu semasa keluar dari lebuhraya di Alor Setar.Semasa sunset keadaan ini selalu terjadi.Boleh jadi merbahaya untuk pemandu.
Masa membayar toll,teraba raba cari duit kerana mata bersinau .Mujur tak dilanggar divider.
Keadaan semasa pandangan tidak disilau oleh matahari
No comments:
Post a Comment