Saturday, October 9, 2010

Tertunai sudah impian

Menjadi impian setiap ibu ayah untuk melihat anak anak yang di besarkan mendapat pendidikan setinggi yang boleh.Menjadi insan yang berguna kepada famili,masyarakat ,agama bangsa dan negara,Besar ya impian itu.Namun itulah realitinya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dan itulah impian kami sekeluarga supaya anak muda ini mengikut jejak langkah kakaknya berdua. Dan pada 6.10.2010 terunailah impian untuk melihat nya menyarung jubah pada hari graduasinya.Dan sekali lagi insyaallah penghujung tahun hadapan adik bongsunya akan mengikut jejak langkahnya.Dan lengkaplah impian dua insan bergelar ibu dan ayah melihat anak anak mendapat pendidikan lebih tinggi dari mereka sendiri.Yang hanya berSPM dan MCE.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pagi itu,dalam kesejukan pagi Kuala Lumpur,ayah ibu dan kakak meredah kesesakan untuk ke PICC .Tersentuh hati ini melihat anak muda menjunjung kasih menerima segulung ijazah dari  Cancellor .Perjalanan mu ke sini bukan mudah. Bukan sedikit peluh yang tumpah,bukan sedikit pengorbanan,kewangan dan kesabaran.Jadikanlah pengalaman pengalaman ini  sebagai panduan.Semoga berjaya di masa hadapan selepas ibu ayah sudah tidak ada lagi menyuluh jalan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Alhamdulillah

 

Congratulations my dear

Semoga diberkati Allah dan mendapat Rahmat dan Hidayah dalam menempuhi cabaran cabaran yang mendatang dalam apa jua bidang pekerjaan dan kehidupan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Here’s a big bear hug from pa and ma on your Graduation.Love you.

2 comments:

  1. Tahniah buat anak cikgu. tentu kegembiraan ibubapa melihat kejayaan anak. alhamdulillah. muga saya juga dapat merasainya kelak.

    muga Jade balek cepat! siapa yg menjaga mereka semasa cikgu berdagang?

    ReplyDelete
  2. Terimakasih Pn Nur.Semoga Pn Nur juga dilimpahi kurniaNya.
    Jade masih belum pulang sehingga masa ni.Semasa kami tiada,pekerja RCS akan datang beri mereka makan.Dah bertahun begini,tak pernah terjadi Jade hilang dari rumah.Dia selalunya setia menanti.

    ReplyDelete