Ha ha ha.Gelak besar makcik.Tengahhari tadi pakli balik dari ofis dan unjukkan satu sampul surat.Warnanya putih dan beralamatkan tempat kerjanya.
Lihat pada postmarknya….datang nun jauh beribu batu
559,
Rua do Carmo,2,Chaido Lisbao,Portugal.
Eh ada ke sanak saudara kaum keluarga kita yang merantau kat sana.Mana tau ikut kapal Ferdinand Magellan .Baru sekarang ingat usul asal dia kat Peghelih Malaysia.
Suratnya bermula:
Dear ………….. betullah itu nama pakli
I’m Antonio Malaca…Legal practitioner in corporate and legal claims.I’m legal consul at Euro Lawyers which is located in Spain and Portugal
Awat la tak letak Antonio Pehelih.Kat Melaka mana kami ada kaum keluarga.
Dan yang paling meruntun jiwa,ada anak guamnya yang meninggal dunia dalam kemalangan dan meninggalkan #32 million USD untuk kami!
Pakli kita kaya!
Berangan makcik nak terbang la ni juga pi Australia.Lepas tu ke NZ.Balik dari situ naik cruise pergi serata dunia.Korea,China,Jepun Middle East,Europe ,America dan Antartica.(cancel cruise..naik jet lagi baik)
Kemudian membeli belah segala benda yang tak pernah diimpikan.Jam tangan Seiko,citizen tak ada dah dalam list.Kasut Bata bertukar Jimmy Choo.Tak standard la shopping Mark and Spencer. Koman koman Harrods.Kat Abu Dhabi,hotel yang paling mahal dalam dunia ,kita duduk lama lama.
Dah puas makan angin,baru kita balik ke Malaysia. Rumah no 7…eeeh mana kelas nak duduk dah, kena cari yang nama berbunyi classical.Sebutannya tak senang dilidah sahaja.Mesti ada kolam renang,kereta maserati dan fereri saja yang bertenggek digaraj kereta.Mywi ,Kembara apa kelasnya.
Ehh makcik,apa yang dok angan tu..
Makcik baca lagi surat tu…
Dan dalam fahaman makcik duit itu kena bahagi 40.40.10
Tengok tu bahagian dia nak sampai 40%.Mana ada jalan.Yang 10% lagi untuk kebajikan.Kalau 90-10 pun makcik tak mau.
Kerana diakhir surat katanya cerita ini kena dianggap confidential,tak boleh cerita kat orang.
Isssssh tu yang makcik tak berkenan.Kerana makcik suka gahkan apa apa yang kami buat.Nak simpan rahsia .Aduh siksa!
Dan kami hanya boleh contact ini loyer melaui fax atau e.mail sahaja. Makcik kalau boleh malam ni juga nak jumpa.Kan sekarang dah ada webcam.Ada skype.
En. Malaca,Antonio,dear sir.
Kalau duit tu makcik/pakcik punya,hantar sajalah check tu kat kami.Tak perlulah ada apa apa syaratnya.
Malam ni makcik nak bermimpi pula.Mimpi orang kaya samakah macam mimpi orang tidak berharta?
Jika anda was was atau ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang orang orang macam Antonio Malaca ini anda bolehlah pergi ke sini
Macam macam ada.
Salam...
ReplyDeleteDah praktis gelak macam Ali Baba tak? :)
Hehehehe... berkajang ler surat tu ya? Beranganlah Makcik, bukan dia charge apa2 pun.
ReplyDeleteTapi bab jangan Seiko tu yang tak tahan, tu pun kira murah Makcik. Koman-koman pun Rolex aaarrrr..
hehehehe
Mamason,
ReplyDeleteMana depa dapat alamat Pakli? Nasib baik tak hantar ke rumah....or else....they know where you live... Kita biasalah terima surat macam ni, tapi email selalunya. purrr....meow!
Kakcik,
ReplyDeletekena cari you -tube mcm mana nak gelak stail tu.
Azie,
kalau dah 32 million euro,belum belajar lagi la nama jamtangan yang mahal mahal tu.yang custom made.Anyway,kesian tau nama lawyer tu memang ada.makcik google..kesian orang guna nama dia buat scam.
Cat,
They got it maybe through the tel Directory.Pakli rasanya ada listed dalam tu kot.Maybe la.
ckp kat abah tuh baik baik, kot dia terima aja.ahahha
ReplyDeleteCiklin,
ReplyDeleteAbah tu rasanya mudah nak percaya benda karot marot tu.haha.