Besraya,CKE,GCE,Silk,Sprint,Kesas .Cuba teka…apa kebende ni semua.Hey ni tidaklah nama kain kat Jakel atau nama kedai kedai kat entah berentah..Ok ok tambah lagi satu Plus.
Betul.Betul diatas adalah nama nama highway yang tentulah berbayar.Posting ni makcik nak kisahkan lah sikit sebanyak peristiwa semasa menyelusuri jalan jalan semasa dalam berdagangan minggu lepas.
Perjalanan dari hujung Malaysia diutara sana bermula dengan jalan persekutuan antara Kangar dan Alor Setar.Jalan yang akan membawa anda menikmati pemandangan hijau bumi Perlis dan bandar Alor Setar yang sedang membangun.Exit di AS(U) membawa kita ke lebuhraya Plus
Perjalanan merentasi Kedah,Pulau Pinang dan Perak sebelum berhenti di Selangor tidaklah menemukan kami dengan apa apa yang signifikan.Jadi makcik mengambil kesempatan memotret suasana alam sepanjang jalan.
Dan hampir malam kami tiba dipersimpangan TTDI dan TUDM dan destinasi kami sampai juga akhirnya.Itu perjalanan melalui PLUS .Dan total RMRM untuk toll sahaja hampir 100.00
Besok kami bergerak melalui highway sekali lagi menuju Bandaraya Kuala Lumpur.Mengambil jalan jalan yang biasa ke Seri Puteri dan kejalan Sultan Ismail.Yahoo tak sesat.Sampai ke destinasi tanpa banyak keloh kesah
Setelah selesai urusan di pusat bandar,SKembangan pula kami tuju untuk merehatkan lelah terlebih dahulu.Mana kami tahu jalan yang dulu berliku sekarang telah lurus menuju ke arah baru.Kelam kabut juga jadinya bila jalan yang biasa tak kami jumpa.Dah beralih arah rupanya
Dan kami sampai ketempat baru yang tak pernah di tuju.Jauh halanya dari destinasi di hajati.Mau setengah mati cari jalan keluar.Itulah lebuhraya SKVE namanya cerita.
Besok paginya ke PICC,Putrajaya pula untuk rehearsal . Sekali lagi berpusing kepala mencari jalan menuju sana.Bertawaf roundabout dua tiga kali pusing sebelum sampai ke bangunan seumpama stadium bandaraya.Kalau tak percaya tengok saja picturenya.
Malamnya ke Kelang atas urusan,lalu lebuhraya,lalu jalan persekutuan.Ada masa ok dan ada masanya kena gostan.Baru jumpa dengan tempat tujuan. Malam malam bila berjalan,belum tentu ketahuan arah tujuan.Nasib baik tak terbabas ke Banting yang terkenal seantaro dunia akibat 2 orang peguam kejam.
Hari Graduation kami ke PICC lagi.Mak kata ambil kiri,abah kata sebaliknya.jalan yang lurus dan dekat,jadi berbatu batu jauhnya.Mujurlah sampai juga cukup cukup masa.
Ke Kajang jamu selera.Satay Samuri tempatnya.LDP jalannya.Betul ke?Eh lupa pula nak bercerita.Ke Nilai 3 tempat berbelanja.Hujan yang lebat pula membantut acara.Yang dibeli pun tak seberapa. Tapi pengepit sampah tu yang uniknya.
Berpergian dah lama,urusan dah selesai.Jadi apa lagi di tunggu.Balik saja la. Mencari jalan pulang juga ,amboi bukan main siksa.Sesat sini,sesat sana.Mujurlah akhirnya jumpa juga. Lebuhraya Guthrie kami guna untuk balik ke Utara.Dan inilah antara snapshot nya.
Seronok kan bila sekali sekala mengembara!
No comments:
Post a Comment