Macam macam kejadian aneh .Aneh,tidaklah, tapi unsangkarable.
Anehkan,kalau tidak pernah lakukan sesuatu,tiba tiba out of the blue terbuat sesuatu out of the norm.Orang melayu kata buang tebiat.
Semalam kami anak beranak tanpa apa apa tujuan,keluar pekan semasa time office hour. Time tu time kerja pakli.
Actually ceritanya begini.Si anak mahu ibu hantar ke kedai untuk buat facial.Selepas balik dari dunia sebelah sana muka nya adalah cik wat bertapa sedikit sebanyak. Dan ibunya seperti biasa kalau bab driving kalau tak ok ,ko.Jadi ibupun memohon belas kasihan untuk abahnya menghantar.
Benar mama nampak besar sign board dia.Dermatologica …..And I macam konfiden saja memandu arah .Siap dari satu lorong bangunan ke bangunan lain.Siap dari satu kawasan ke kawasan lain.Mula dari pekan Kangar ke Seriab,patah balik ke Taman Kemajuan dan Kangar kembali.Yang jumpa entah apa apa spa dan body building,hair saloon.Ada juga Clarins tetapi no Dematologica.
Eh pelik…rasanya baru sehari dua mama terpandang signboard tu.
Mama baca di Alor Star kot.Or maybe in Kuala Lumpur.
So in the end we gave up finding derma and ended in Nutrimetic instead.Maka berfacial lah dua beranak di situ.Kesian pakli dah lah tinggalkan kerja ,tak dapat pula terima treatment kerana disitu untuk ladies sahaja.
Lepas facial yang disponsor kami ke Kuala Perlis.Apalagi …ikan bakarlah .So ke gerai tepi laut tempat tujuan nya.
Eh…lupalah kedai mana yang kita makan sedap hari tu.Dalam tercari cari kedai yang nak dituju,maka berkerumunlah tukang tukang usher menjemput,merayu kami ke gerai mereka. Hati dah berkenan meja di tepi laut tapi …..
Jaga jaga ,taik kucing tu.La berlonggok longgok kucing dah melepas enapcemarnya kat situ.Dalam kedai itu!potong stim betul!
Cancel…kami tak jadi .So bersambung kembali kembara mencari meja.Akhirnya kami settle dimeja gerai nombor 5.Tukang ambil order tu pula punyalah macam murai mulutnya.Lepas tu dan pula dok bertepuk tampar dengan tukang lap meja. Hai budak budak ni.
Lama juga rupanya nak tunggu ikan bakar kat sini walaupun pelanggan boleh dikira dengan sebelah tangan. Gerai sebelah nampaknya lebih efisien.Dan makcik mengambil masa melayan keagongan tuhan mencipta alam dengan mengeluarkan camera yang tak sepertinyanya. Maka inilah gambar gambar nya:
Selepas peluh jantan dah keluar barulah ikan bakar menjengok meja kami.Sekali lagi rasa nya kami membuat wrong choice.Kenapa eh rasa ikan ni lain saja.Macam tak ada sweetness.Macam tak ada freshness. Selalunya bila makan ikan bakar ,habis tulang,sirip, kepala ,ekor , makcik makan.Ni dua tiga telan dah rasa tak boleh jalan.Full stop.
Makcik macam mana makanan kami?Tanya si pengambil order semasa makcik membayar bill.
Boleh tahan ….short saja jawapan makcik.
Dalam kereta pakli tanya makcik kenapa tak complain saja there and then.
Itu kira complain lah tu.Kalau makanan tu sedap mesti makcik akan kata:
Good job.Well done.keep it up……ha ha teringat masa dok mengajar dulu.
ini lah yang di order pakli
tadaaa …. inilah yang di tinggalkan pakli.Ateeeen,notice the thing on his wrist?
No comments:
Post a Comment