Thursday, October 21, 2010

Jade …. makes my pakli’s day

 

I never doubt that my pakli’s love for Jade is great.Hari tu masa Jade menghilangkan diri seharian, pakli macam tak keruan.Sanggup balik awal dari ofis untuk mencari Jade merata taman. Bila Jade tak dijumpai sampai ke malam,pakli menangis dan tetap mengatakan Jade yang disayangi akan dijumpai.Besok pagi pagi sebelum kerja,pakli sekali lagi meninjau segala tempat.Bersinar matanya gembira bila Jade di jumpai bawah kereta tua jiran dihujung taman. Entah berapa lama di situ. Badannya lemah dan mulutnya nampak kering.

Tanpa berlengah pakli ke vet untuk rawatan Jade. Dan hari hari selepas itu,Jade diberi ubat dan di suap susu. Jade memang manja dengan ‘abahnya’. Kalau pakli balik cepat cepat dia sambut depan pintu.Kalau pakli makan dia boleh tunggu,mengharap secebis ikan dari pakli.Dan pakli macam faham saja permintaannya.

I tak anggap dia macam binatang. Dia dah macam anak I…. itu kata pakli.

Jade,anak pungut dari bawah kereta kembara walau tidak comel tapi penyejuk hati.Bila pakli berehat dia pandai saja meneman pakli.

Jade bila diberi makan akan ketepi, membiarkan dulu anak anak makan.Kalau tak diberi berasingan,tak makan lah dia hingga ke sudah. Sifat keibuannya terserlah bila Dell jatuh sakit.Tak lekang dia dari sisi anaknya. Dibersihkan anaknya dari sapuan minyak gamat sampai kering.Begitu juga dengan Mok. Dulu Mummy tak semesra itu dengan anak anaknya. Ada masa langsung tak mau disusukan.

Apa apa pun,Jade makes a great impact on us.Not by her looks but by her deeds.Love her.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

mokjadeandell . Dell semasa sakitnya.

6 comments:

  1. cikgu..
    alangkah kucing sesama kucing ada sifat kasih dan sayang.. apatah lagi kita yang berakal bernama manusia.... hmmm... nak sayang semua orang....

    ReplyDelete
  2. Sayang dalam hati ni pun rasa nak membuak buak nak share dgn orang.Alahai makcik just have the cats and pakli.But I dont have your attitude ...peramah,seirama dengan nama.
    Kena belajar jadi peramah ni.Baru messssra.hehe.

    ReplyDelete
  3. Begitu kasihnya ibu kepada anak - sanggup tak makan. Tapi bila ibu tak berdaya, ada yang sanggup hantar ke rumah orang tua (rujuk HM hari ini) :(

    ReplyDelete
  4. Bukan saja dalam manusia sifat penting diri dalam anak anak.Hari tu bila Jade sakit,Dell langsung tak dekati ibunya.Hidu dari jauh,lepas tu lompat keluar tingkap.Saya geleng kepala lihat kelakuan Dell yang macam jijik tgk mak dia sakit.
    Bila Jade dah baik,mau pula dia mengendeng nak hisap susu mak dia.Langsung saya kejar dia keluar.

    ReplyDelete
  5. you're welcome,Ezza@makcik blogger.Jade is carrying now.Dapatlah Dell brother sister boleh main.

    ReplyDelete