Friday, October 29, 2010

Arrrrrrrrrgh…geram nya

Feel like lambasting every Tom,Dick and Harry. Macam nak lastik siapa siapa saja yang lalu lebih dari had laju.Bodoh sunggoh! Itu pemandu kereta,lori,bus van yang lalu di perumahan macam hantu.Hari tu ada pasangan doktor yang macam tak boleh kurang 0.000001 saat sampai ke tempat kerja.Tekan minyak macam dok kat litar lumba.Satu hari ,tak tahan sangat ..aku jerit ….hoi.Mestilah dia tak dengar kerana dia dah berbatu ke depan sebelum aku boleh buka mulut.Nyaris sipi sipi si ekor panjang penghuni no.7 jadi mangsa.

Dell,Jade ..lintas jalan tengok kiri kanan…makcik selalu pesan.Jangan dok guling gantang atas jalan.Kena gelek penyek!

Budak budak mat rempt. pun galak juga guna jalan ni untuk drift.Lebih lebih lagi hari minggu.Maka eeeeio eeeeio lah kereta peronda polis dok kejar.Susup sasap semua jalan dalam taman ni depa masuk.

Bab kejiranan,kita tak lah mahu dok jadi champion.Makcik kan low profile.Tapi kan ,entahlah .Kenapalah tak fikir sebab akibat bila buat sesuatu.Ialah bab tikus memang lah masaalah disini kerana bersebelahan dengan bengkel traktor dan jentuai padi.Dah pun tempat padi,kakti pun boleh lah bersuka ria buat koloni.Rezeki tergolek dari padi padi tersangkut kat jentuai tentulah kakti dan kak kus tak tolak.Ka dah buat jamuan satu Malayisa.Panggil habis YB Yb dan pak menteri mereka mai rasmi.

Nak jadi cerita,sedang kami dok beli perangkap tikus,jiran yang lebih advance pi cari kertas tangkap tikus. Tapi kan tikus la ni dah kenal perangkap,tak kira buat dari kertas atau dari besi,tentulah dia orang dapat ngelak.Yang jadi mangsa ..tentulah anak anak kaki empat yang manja,makan tersedia,tempat ber…. pun kadang kadang tuan buat.Jadi mana lah dia kenal perangkap atau hidangan hari raya. Jadi terkenalah mereka.Hai tak tahulah siapa yang punya angkara.Tak kuasa makcik nak pi cari rumah ke rumah buat CSI.

Makcik bila buat sesuatu selalu saja fikir sebab akibat.Kalau nampak benda tak betul,tolong betulkan. Satu hari penutup jalan lesap entah kemana.Rasanya dah sampai kat kedai matnikam .Terfikir makcik,malam ni mesti ada yang terjerumus masuk lubang.Jadi dgn rela ,penutup longkang rumah makcik dermakan walaupun bukan loghat sangat pun untuk rumah makcik sebab lobang tu lepas pintu masuk rumah makcik.Tapi biarlah sedekah.

Begitu juga bila buang bahan bahaya.Boleh ke kaca buang begitu saja. Kalau lah ada yang malang terpijak ke ,tak ke naya.Cuba lah cari jalan macam mana nak lupuskan kaca tu dengan selamat.

Lagi satu bab tanam bunga.Makcik tak berapa kisah orang nak tanam satu taman.Sebab I’m a very no flower person.Sekali tanam mati,tanam mati….last give up.Dah segala walk way semua penuh bunga,…. termasuklah cikli sekali.Tapi jgn kata apa…dah hobi. Pokok bunga berduri seribu pun boleh berpasu pasu tanam kat luar rumah.Dah lah jenis beracun,duri dia pun silap haribulan boleh hilang deria.

Tadi baru nampak orang MPK datang mesin rumput.Sampai dah tinggi hidung baru lah depa bubuh minyak dalam mesin.Baru mai tebas seinci dua. Yang semak semak biaq pi.Hari tu ,taman ni adalah sikit terpalit dgn MPK gara gara adigan kena keluar bilik mesyuarat dgn menteri.

Ni dah gaduh kena fogging setiap minggu.Parit @ longkang kenapa buat tinggi dihilir.Macam mana air nak mengalir.Hai engineer manalah yang plan ni.Nyamuk pun berpesta tak kira masa.Siap woodstock festival lagi.Lagu dia satu saja.Ngianggg,ngiang ….ngiang.

Makcik son ooooi,apa tak kena ni?Awat macam celaru saja ni.

Isssshh sedih ni.Cubalah fikir akibat dari apa yang kita lakukan.Selamat dunia!Tak adalah hamba Allah yang teraniaya.

2 comments:

  1. Mamason
    Sometimes we just need to ramble :-)

    ReplyDelete
  2. Susahnya I like to grumble to my self..Nak pi direct tak beranilah pula.Atau pun bukan carahidup kita.Kan senang kalau tak suka saja,be loud and clear.Tentu hebatkan!

    ReplyDelete