Hari ni pakli ke KL.Join rombongan.Makcik tidaklah ikut kerana makcik tak jadi ahli. So tinggallah makcik dengan mokjadeandell.Dah bersiap awal awal nak hantar pakli ke tempat berkumpul,tapi bila adikknya volunteer nak pick-up abangnya ,makcik pun relaxlah.Hehhe
Sementara nak keluar pi pekan Kangar yang jauhnya berminit minitlah perjalanannya,makcik meneroka dulu alam maya cyber dan menjengok ke rumah seorang blogger.Tertarik hati dengan paparan nilai blognya makcik pun cuba cubalah masuk ke domain itu.Ha nak tahu juga nilainya Thru ups N Downs .Kot kot terdesak,boleh la pi gadai or mortgage.Maka selepas tekan sana sini inilah hasilnya :
***********************************************************
Tinkeringthink.blogspot.com Valuation
Website Value $13,219.76 Daily Pageviews 150
Daily Visitors 71 External Links -
Post as …
Thru Ups N Downs
Online Since: -- 2009
Popular in Countries: United States
Value Metric 3.55 Web Recognition 0.13
Social Metric 0.20
Aduhai,makcik punya la tulis blog ni pagi petang,dia value hanya $$# 13,000++ sahaja.Mana aci.Tak lepas lah nak beli kereta ke,bangalo ke…Nak makan angin ke.
Tapi yang makcik senyum memanjang hari ni adalah makcik fofular kat US! Hehe siapalah yang minat ye….
Eh mana tahu Harry porter punya writer ke ,Michelle Obama ke,pengarah Hollywood ke.Ada can kan boleh buat fulus.Hehe.Depa tau ke bahasa Kebangsaan yang makcik guna selang seli dengan BI dan juga dialek Kedah kat sana sini.
Tapi kan bila makcik counter check dengan stat lain pula ke fofularan makcik.Tak caya tengok kat bawah……
Pageviews by Countries
Malaysia 9,482 Singapore 997
Australia 930 United States 500
Canada 114 South Korea 68
Russia 46 United Arab Emirates 36
Japan 33 Vietnam 24
Tak kiralah dia tak iktiraf yang kefofularan makcik dah menjangkau benua. Tapi heran ya….kenapa benua Afrika tak minat makcik.Kalau tengok kulit tak lah jauh beza.Indonesia pun tak ada. Latin Amerika pun. Sedangkan makcik ikut Les tres Harmanas boleh pula. Cerita Indon pun makcik layan.
Anyway,makcik tulis bukan kerana nama….. macam teringat bait bait lagu .
So why do you write?
Hhehe… I write to see the comments. I write so that I have la orang yang boleh bercakap.I ni dah nak se akan akan lupalah how to talk .Sebab dah terbiasa dengan sunyi senyap.So I let the fingers do the talking.Tu pun 2 sahaja jari yang bercakap.Yang lain…. dok tengok saja!
Mama ni macam macamla……. tentu anak makcik komen macam tu.
Hai anak anak…..love you all.
mama lin balik malam ni, jgn lupa amik naa
ReplyDeleteKu tungguuuuuuu.Call ya
ReplyDeletecikgu...
ReplyDeletegamaknya sibuk sungguh highway utara selatan bila orang KL mai penang... orang kangar turun KL...
Mamason
ReplyDeleteYou are indeed famous considering that your blog baru jer dilahirkan. Syabas!
As for my blog, tak ramai dari benua memana yang baca. Paling ramai baca my blog dalam satu2 masa hanya 4 orang which include yours truly. Namun menulis dah jadi terapi, maka teruskan juga tanpa prejudis (boleh ke cakap gini? hehe).
Rindu kalau tak gerakkan 10 jari jemari setiap hari. Mamason guna 2 jari aje ye? No hal .. it's the result that counts.
Pn rahmah,
ReplyDeleteBila selisih dgn rombongan Perlis kat lebuhraya tu,yang handsome tulah pakli saya.hehe.Selamat bercuti ke Penang.
Cik Som,
ReplyDeleteData kat Stat tu rasanya is for a few months old traffic to Thru Ups N Downs.Taklah glamour banding blog yang hari hari ribuan pengunjung.
Actually,blogging is quite a good thing to us ...old timers and pensioners...a form to express our feelings and share our experiences.