Sunday, September 5, 2010

To each his own

 

Terasa heavy kepala ini bila setiap hari ada saja berita yang menggugat jiwa.

 

Masuk saja ke cari forum,mata terpandang isu isu yang panas .Tentang rasis,tentang crimes,tentang pembuangan bayi,tentang Bendera.Memang sehari dua ni berita yang dibaca amat mendukacitakan.

Menjadi kegemaran makcik juga menfollow blog yang membincangkan isu isu politik, isu semasa.Tapi ..ah..lagi dibaca lagi sakit jiwa.

 

Nampaknya sejak kebelakangan ni Malaysia Boleh memang serba boleh:

Boleh f itnah sana sini

Boleh maki orang,maki agama senang senang

Boleh buang bayi dengan sangkut  di papan iklan dekat simpang

Boleh lesap duit bukan juta ,tapi berbillion siang siang

 

Dear Mr.Prime Minister,

Tolonglah kembalikan bumi ini

Aman.sejahtera,tenteram

Bukan macam la ni

Macam macam lintang pukang.

 

Teringat makcik masa zaman baru merdeka

Walau komunis ada dimana mana

Ketegangan kaum taklah sangat terasa

Taukey AhSeng,Enggaratmana ,

Mr.Quek macam kawan rakan

Siap berpayung bersama kesekolah masa hujan.

Tapi sekarang kenapa makhluk macam namawee ,itu ini

Boleh pula dok menyanyi menari

Lagu caci maki

 

Kami warga tua yang tinggal tak berapa hari didunia

Amat berharap anak cucu kami,kalau ada

Mewarisi bumi yang indah ini tanpa cacat cela

Juga jauh dari rasa benci,iri hati

Antara kaum dibumi bertuah ini

Masing masing sama sama mencari rezeki.

 

image

6 comments:

  1. cikgu..
    lihat berita yg dipaparkan di akhbar memag menyesakkan jiwa kita... bagaimanalah segala kemungkran tidak berlaku apabila setiap minggu ada hiburan yang disediakan.. muda mudi? apalagi... hanya tau bergumbira dan sembilan bulan kemudiannya bersepahlah anak-anak yang dilahirkan tanpa sah taraf dibuang mereta-rata. Patutnya terapkan nilai-nilai agama dan hentikan hiburan yang melampau.

    ReplyDelete
  2. Pn Rahmah,selalu saja kita berdoa agar anak anak kita tak terjebak sama.Semoga tuhan memelihara mereka dari godaaan dunia.

    ReplyDelete
  3. adakala saya beranggapan pemimpin2 dunia sengaja melagakan rakyat sebagai distraction buat kepentingan politik mereka. generasi saya membesar tanpa mengira kaum. generasi anak2 saya melihat some segregation apalagi dengan policies seperti quota perumahan.

    zaman serba canggih ini, tanpa menyalahkan ibubapa yang terpaksa mencari dual income to survive, informasi diperoleh begitu mudah. parents harus lebih peka dan lebih berilmu yang diharap dapat menangani gejala sosial yang cikgu sebutkan. kalau tak berlandaskan islam memang beratlah cabaran...wallahu'alam

    ReplyDelete
  4. Benar MAKCIK. Sungguh sedih bila baca banyak betul kisah duka, kisah sadis.

    Saya tidak minat politik, jadi tak pandai nak ulas tapi perasaan sebagai rakyat Msia, tetap marah bila kita dihina.

    ReplyDelete
  5. Noir,
    I dread to think about the fate of our future generations when the present leaders are doing what they are doing.

    ReplyDelete
  6. Azie,
    jkalau tak mau sakit jiwa jgn baca /enter site yg penuh dgn kutukan,cercaan antara kaum dan agama.Macam tak bertamaddun.

    ReplyDelete