Sunday, September 26, 2010

petua tokton-bila jadi mertua

Had the chance to watch the Drama Minggu ini on Tv3..Kemaafan yang Tertangguh.About a mother –in –law.And there were lots of lessons that could be learnt.
image
jgnlah aku jadi mak mentua begini

About mother in laws….and one person that had been a mak mertua for nearly 40 years  is Tokton.
I observed Tokton,either in her speech or her actions,she always put people first.
So invariably,when her children married, she became a mak mertua to 6 menantus.She has 5 children.Why does her menantus numbered 6.
Well,its maths man.
These are some of the traits that worth pondering,and if I would be one one day ,I dont know whether I could be like her.
Makcik bila jumpa dia,tentulah banyak nak cerita.Ya la tanya khabar sesama anak anak yang tak jumpa.Jadi makcik suka sangatlah masuk bilik dia.
Tau apa dia kata:
Awat tinggal pakli sorang sorang kat depan. or
Jangan tutup pintu bilik tu.Biar nampak apa berlaku dalam bilik ni dan supaya tidaklah orang lain berasa hati.
So tidaklah berpeluang makcik nak gossip tentang pakli bila jumpa dia.Dan dia tak mahu ada silap faham antara kami.
image
juga begini...tgk menantu dgn sinis sekali.

Satu lagi tentang pemberian buah tangan.Katalah kami menghadiahkan atau mempresentkan dia apa  apa.Dari kami suami isteri.Dia tak kata :
Ni anak dia beli.Tapi akan berbunyi:
Buahtangan ni cik li beli.(Kdg geram juga ,makcik yang bayar).
So very different dengan mak mertua mak mertua yang lain kan yang sikit silap kondem menantu.Phew.Penghargaan jarang nak sebut or tak pernah sebut langsung.Walau pun menantu itulah yang penatlelah mengambil hati atau mengeluar duit membeli.
Dan dalam krisis rumahtangga anak anak menantu,dia sebolehnya tak mahu campur tangan.Rasanya tak pernah lah kot.Tapi dia beri kaunseling , dia beri kata kata yang menyejukkan menantu yang tengah pening.
image
or begini..
Begitu juga bila anak nan sorang,dok teringin nak tambah cawangan.Tau apa tokton buat.
Dikerah segala kudrat dia,jumpa perempuan yang buat angkara.Memohon agar rumah  anak menantu tak jadi caca merba.Dia tak pergi serang membabi buta,tapi dengan hemah dia berbicara.
Tapi nak buat macam mana cacing dah naik kemata.Tak jadi dengan seseorang ,dia kahwin yang lain.Dan tokton pun tak boleh dah nak buat apa apa.Dan dia terima menantu baru seadanya.
Teringat makcik,pesannya kalau nak ajar menantu ,tak payahlah dok tunjuk serba tahu.Tak payah lah dok cakap aku nombor satu.Tak payah dok cerita salah silap menantu lain kepada yang lain.So tak pernahlah dia bercerita tentang buruk suami si A kepada suami si B. Tak percaya? Pakli tentu tahu.
Dan yang lebih makcik kagum,dia anggap anak menantu dia anak sendiri.Makan minum mereka dia jaga,semasa dia berupaya.Tak ada pula dia suruh menantu dia balik rumah keluarga bila ada masaalah melanda.
image
lebih lebih lagu ni

Hai,entahlah makcik belum jadi mak mertua.Tak tahulah nak cerita.
Tapi tokton dah beri pedomannya.

5 comments:

  1. Cikgu...
    seronoknya bila cikgu menceritakan contoh2 yg baik dari tokton.... semuga boleh menjadi panduan buat kami yg belum menerima menantu... tapi sifat yg baik itu masih boleh kita tiru dalam hubungan sesama ipar duai....Alhamdulillah...
    Yang baik dijadikan tauladan...
    yang buruk dijadikan sempadan...

    ReplyDelete
  2. baik ibu mertua mcm tokton, menghargai menantu. saya pun bercita2 jadi gitu. muga jgn menantu yg takde chemistry dengan saya. perhubungan yg baik, terasa berkatnya.

    ReplyDelete
  3. Betul lah, susah gak nak tentukan samada kita leh jadi mertua yang baik atau tak. Bagi kita tentu cuba menjadi mertua yang terbaik, tapi belum tentu menantu dapat menerima cara kita.

    Maklum, lain orang lain ragam. Asal jangan perangai penting diri macam si KASMAH tu sudahhh...

    ReplyDelete
  4. Azie,
    Jadi mertua macam KASMAH.Ampun.kesian anak orang.

    ReplyDelete
  5. Pn Rahmah,selalunya mertua yang baik dapat mengeratkan silaturahim ipar duai.Kalau dia tak mengadu domba ,rahmatlah mereka.

    Pn Nur,
    makcik pun selalu berdoa agar makcik jadi mertua sebaik tokton.Menantu semua nampak hormat padanya

    ReplyDelete