Tuesday, September 28, 2010

ngantuknya……

 

Si Mok,Jade dan Si Dell ni kalau di perhati masa mereka tidor mesti buat makcik tersenyum.Macam macam aksi.Yang biasa biasa,yang gelihati dan tak kurang juga yang kurang kesopanannya.

Tonight,I am writing about yang berekor panjang ni.Yang tak tahu bunyi lain dari grrrrrrrrrrrrrr memanjang.

Dah lupa kat mana makcik baca,katanya kucing binatang yang ada IQ anak berumur 3 tahun.Agaknya lah kot.

Si Dell akan menemani makcik buat kerja.Selagi makcik diluar,dia akan setia.Tapi dia macam tahu saja bila nak cari tempat tidur lebih selesa.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Atas katil,memang enak rasanya.Sunggoh selesa katanya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Mesin basuh pun kegemarannya. Suka dengar air yang keluar dari hosenya.Terpinga pinga tengok air mengalir keluar.Apa ke bende yang putih putih berbuih  tu ,makcik ? dia bertanya.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Atas sofa dibilik belakang.Macam itik panggang.

 

sleepy

Nyaman di sofa depan ,rasa macam baby semula

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Letih banyak kertas kerja dah baca.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA          

Sampai terjelir lidah,baca dictionary hari ini.

Ini lah aksi pengarang jantung makcik yang dok sorang sorang sepanjang hari.Love him so much.

6 comments:

  1. teringat pada kucing saya yang sama kaler & bulu cam gambar kat atas. kucing tu saya jumpa kat kedai makan, masih kecil dan makan minum pun nak kena suap. jumpa hanya sekor tanpa adik beradik yang lain. masa tu dia dok main2 kat kaki seluar dan naik ke betis melalui dalam seluar. bincang dengan wife dan ambik bawak balik dan rupanya cacat di bahagian perut dan isi perut terkeluar. sempat jaga sehingga setahun lebih dan pernah pegi buat pembedahan pada bahagian perut tersebut. setiap kali balik kampung mesti bawak balik sama kerana ia tak pandai nak cari makan sendiri jika di tinggal di rumah. akhirnya mati di langgar kereta

    ReplyDelete
  2. salam cikgu...
    aksi-aksi kucing memang menghiburkan... makinlah saya rindu pada cucu-cucu saya tu....

    ReplyDelete
  3. EE,
    Kesiannya kesudahan dia.Anak kucing kat kedai makan juga bermulanya episode cinta kami dengan kucing.Matinya juga tragis...kena racun.

    ReplyDelete
  4. Puan Rahmah,
    lebih lebih lagi bila dirumah,kena tinggal seorang,merekalah jadi tempat melayan kata....walau depa tak tahu bahasa. hehe.Silap silap orang ingat kita dah tak ketahuan hala.Lagi NAYA.

    ReplyDelete
  5. Mamason
    Kalau nak cerita pasal kucing, memang tak cukup tangan untuk menaip. Banyak cerita dan mcm2 hal tapi tak boleh pulak I sambung bercerita kat my other blog (mood kena pupuk).

    Kami disini kesiankan kucing. Siapkan makanan untuk mereka tapi makanan tu dikongsi sama dengan tupai, burung dan tikus. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  6. Cik Som,
    Dapat pahala tu bersedeqah.Moga rezeki berganda ganda.Jangan kakti berlipat ganda datang ziarah sudah.tentu kalut.

    ReplyDelete