Hari Jumaat ,10 hb September akan menjelma tak berapa jam lagi.
Come 10.9.2010 I shawal akan menjelmakan diri
Umat Islam tak kira benua,tak kira negeri,
Akan bersembahyang raya dimasjid nan suci
Tapi apa ke he nye dgn seorang padri yang menganjurkannya
Hari bakar Quran sedunia
Di Amerika sana
Dah tak ada modal lagi ke nak cari nama
Sampai nak buat kerja orang gila
Dunia dunia
Hei,makcik ni dok taip taip kat lappy ni
macam dah habis kerja diberesi
Eh tidak tidak
Sebenarnya
Waduh…… kerja bertimbun berguni
Tapi kena relax relax,jangan tensi.
Nak masak rendang,juga serunding
Untuk dimakan dgn ketupat di pagi raya
kat luar sana,
Berdentum dentam bunyi mercun
Jangan sampai terbakar hidung yang mancung.
So sekali lagi makcik ulangi
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
semoga kita dirahmati.
Malam ni makcik kena masaklah nampaknya sampai pagi
kerana ada permintaan utk buat serunding yang digemari
Dan makcik tumpang sedih mengingati Sosilawati
Yang belum balik ke rumah sampai waktu ini.
Semoga dirimu selamat dan semua ni akan berhenti
Tadi ada ber ym dengan anak di Oz sana
Terasa juga sedih didada
Kerana dah dua tahun lah si bertuah ini tiada
Semasa kami disini berhari raya
Semoga tahun hadapan pula
Semua kan berkumpul macam biasa.
No comments:
Post a Comment