Friday, September 24, 2010

lagi lagi tentang dia.

Tokton orangnya baik.Hal orang tak mahu dia mencebik.Kalau dengar ada yang mengata,cepat saja dia tutup cerita.Tapi abah lain pula cerita.Jadi keluarga kami ada diversity.

Liku liku hidupnya….Hanya orang yang sabar macam tokton sahajalah yang sanggup melalui.Kalau orang lain rasanya dah lama terjun tingkat 20 bunuh diri.

Eh tersasul pula dok cerita tentang keluarga.Anyway,berkat sabar mak,anak anak dia semua berjaya.Lima beradik semuanya bekerjaya dan yang lekeh pun peringkat diploma.Termasuklah saya.he he.Lepas tu kalau yang susah tu bukan tokton punya angkara.Dia dah buat habis daya.

Bercakap,berbincang dengan dia,banyak cerita nya.Tapi akhir akhir ke matlamat yang sama .Dakwah untuk hidayah.Tak jemu dia membetul akidah,walau anak anak cucu cicit kadang kadang buat tak endah.

Banyak amalan tokton ,patut anak cucu buat pedoman.Untuk panduan dan bekalan walau hidup penuh kemodenan.Lihatlah tokton,walau umur dah hampir 85 tapi tengok dia lebih bergaya.Dari anak yang hanya lima puloh lapan saja. Kadang kadang boleh buat lawak: Yang mana emak….yang mana anak?

Rambutnya masih lebat dan hitam.Anak anaknya? Dah penuh beruban!

Ingatannya masih kuat.Tanya tentang sejarah hidup…lancar saja dia bercerita.Padahal makcik sendiri selalu lupa nama,lupa rupa.

Bab doa ,tanya lah apa saja.Banyak ayat dihafalnya.

Ah tak dapat disenarai,emak saya yang satu ni.Tentang caranya melayan menantu,anak cucu,boleh buat satu buku.Untuk panduan anak anak bila dah jadi mertua.Bukan boleh buat ikut suka.Nanti anak menantu tak hormat punya.

image

Love you mommy ton dear.

4 comments:

  1. boleh tau tak apa petua rambut lebat dan hitam. saya dah mula beruban dan rambut menipis umur 20a selepas anak pertama. dan sekarang awal 40an tipis sangat dan banyak uban. saya jeles tengok org2 seusia saya dan mereka2 yg lebeh2 berumur tapi rambut maseh tebal dan tak beruban.

    saya menanti panduan2 tokton yg boleh dikongsi cikgu. tak ramai yg dapat menimba ilmu dari warga emas yg maseh baik ingatan.

    ReplyDelete
  2. Makcik pun tak ikut petua dia dari dulu.Rasa menyesal juga. Bila tengok rambut dia lebih hitam dan lebat dari kita.
    nanti ada masa makcik pi study dekat dia.

    ReplyDelete
  3. nenek saya pun dah tua, tapi rambut masih hitam, susah nak nampak uban, my dad lagi banyak uban berbanding my nenek. tapi nenek suka sapu minyak kelapa kat rambut...tu pasal kekal hitam kot...

    time kecik2, my mom selalu suruh cuci rambut ngan pucuk daun bunga raya (yang di lumatkan). Dia kata untuk lebatkan rambut. Serai pula untuk kuatkan rambut... tak tahu la betul ke tak...

    ReplyDelete
  4. salah satu petua tokton guna santan dan minyak kelapa....tu yang tak berapa nak ikut sbb dah biasa sangat dgn dalam botol tu.

    ReplyDelete