Wednesday, September 22, 2010

Jalan Pulang

 

Tengok rancangan akhir halaqah Tv 9 tadi. Intipatinya tentang perjalanan muktamad setiap orang.

Dah bersediakah ?

Kerana setiap kepulangan tak dapat kita tentukan.Tetapi kalau sentiasa bersedia,cukup persediaan,saatnya macam dinantikan dengan senyuman.Itu kata kata penceramah jemputan dari seberang.

Bila di zoom ke wajah wajah penonton,nampak titis air mata berlenang di setengah pipi.Ada yang tunduk wajah tak mau masuk TV. Mungkin seribu satu persoalan bermain dalam kotak fikiran masing masing.

Aku menarik nafas panjang dan dalam.

Dah sediakah aku.

Ah dah la di dunia penuh cabaran, di sana tentu berganda lagi.

Insaf diri!

Kerdil sunggoh diri ini .Hanya satu yang penyejuk hati : Rasanya dengan orang tak ada kot hutang hutang iri hati dan hasad dengki.Atau mengkhianati sesama insan .(Rasanyalah)

Dengan Tuhan,kita boleh memohon ampun,tapi dengan orang sanggupkah kita pergi ,cerita keburukan yang kita buat dan mohon maaf.Tentu ramai yang tak sanggup.

Selepas itu,aku terpaku bila melihat rancangan yang menyiarkan kisah susah payah derita sengsara hambanya yang redha.

Buat aku fikir,susah ku tak lah sebesar mana.

Walau kadang kala rasa macam berat sangat yang ditanggung.Tapi kalau dibandingkan…..taklah sebesar gunung.

Kena selalu bersyukur .Alhamdullilah.

4 comments:

  1. thanx atas perkongsian ini. satu peringatan yang baik dan mudah difahami.

    ReplyDelete
  2. Noir,
    Malangnya itu adalah rancangan terakhir.missed most of them.
    Tv 9 's religious progs selalunya ada something yang boleh di ikuti.

    ReplyDelete
  3. Manusia tidak akan terlepas daripada kesilapan. Itu sudah pasti. So long as you don't repeat the same mistakes, you are on the right track. That is my belief. Yes, I have seen those tears ever so often. May be I'm mean but I hope they are genuine. Sometimes these people are the ones who think so highly of themselves where religion is concerned, that others who do not measure up to their so-called religiousness (is there such a word?) are deemed inadequate in their knowledge of Islam. I say don't judge a book by its cover. He has the final say.

    ReplyDelete
  4. Siti,
    I do concur with your views.Sometimes the % of the religiousness to pun diukur dengan berapa labuh tudung yang dipakai.Lagi labuh lagilah tak berkawan dgn orang yang pakai tudung senteng.

    ReplyDelete