Saturday, September 18, 2010

from the ground view

 

Tonight once again,we frequented the somber bus station. The ramshackle place where all buses from interstate depart or arrive.

It was the umpteenth time since we sent our broods back to their homes.

Bye bye maa,byee abah.See you next time.

Pakli asyik memasukkan beg kedalam perut bas bersama sama penumpang yang lain.

Aha hari ni tak nampak pula en .en JPJ melakukan inspection sebelum bas bertolak.Tak seperti biasa bila en .en.berpakaian seragam biru tua sibuk check sana sini sebelum bas dibenarkan bertolak.

Mungkin makcik yang tak nampak kot.

Sedang penumpang dan waris mengucapkan selamat tinggal,kami dikejutkan oleh bas yang bersebelahan yang tiba tiba bergerak tanpa warning.

Berdesup.Mujur tak ada yang tragis terjadi.Makcik menarik tangan pakli supaya ketepi.Dan beberapa kelibat lain pun bergegas menyelamatkan diri.

Ingat bas tu dah nak berlepas.Rupanya dia buat satu pusigan dan kembali ke stesen.Dan bila dia benar benar nak bertolak sekali lagi makcik tengok bas dibawa lagak dalam FI.

Berdesupppp !! !

Senget saja badan bas tu korner baring.Ngeri ! Memikirkan ada 600 km yang akan dibawa oleh driver ini sehingga ke KL

Syarikat Transnasional…tengok lah driver yang bawa bas malam ini jam 9.oo malam.Rasanya ke KL.Dan makcik berdoa agar semuanya selamat sampai ke destinasi.

Minggu lepas ada bas terlupa tutup compartment bagasi.Jenuh di jerit tapi driver  bas tak dengar.Entah entah sampai ke manalah tempat letak beg beg itu ternganga.

Kadang kadang bila ke tempat begini banyak cerita yang dapat kita kutip.

Yang kerek,yang ego,yang super ramah,yang mempamerkan emosi berlebihan dan juga karakter yang meragukan.

Tapi 2 warga separuh umur yang sentiasa mencium anak anak perempuan atau lelaki adalah pengunjung setia saban masa.Ada masa air mata deras mengalir melepaskan mereka dari pandangan.Ada masa mereka cool sahaja.

Dan sememangnya mereka memang banyak cerita.!

Dan bila ke stesen bas yang daif ni,sedarlah diri kami,yang tempat ini mungkin tak pernah langsung dijejak olehVIP atau pun VVIP.Itulah sebabnya stesen bas ekspress Kangar ini,layaknya untuk ibu negeri….jauh sekali.

2 comments:

  1. Sungguh ngeri bila kenang. Jika lah ada yang bernasib malang, kan trajedi tu.

    Sepatutnya, inspection tidak mengira tempat. Keselamatan tak kenal usia, tempat atau darjat.

    ReplyDelete
  2. dari cara pembawaan bermula dari stesen bas pun dah boleh agak sikap pemandu itu.Ngeri makcik tengok.Macam orang mabuk lagaknya.

    ReplyDelete