Tuesday, September 14, 2010

the eid of 2010 – my mee kuah spree.

 

Today is the 5th day of eid 2010.As such ,it means we have seen the dawn of raya for 5 days.

Time passed so quickly that sometimes made me ponder,is the day shortening.

Tentulah tidak kerana sukatan nya yang dari dulu telah disukat dgn saat,minit dan jam.Tapi dek kerana kesibukan,masa berlalu terasa begitu pantas.

This year,as were with years before,makcik akur dengan permintaan memasak masakan signature no.7…..mee kuah pak long JPL.

So on the third day of raya,hiruk pikoklah rumah makcik dengan aktiviti menjamu keluarga dengan mee kuah warisan tokmat JPL dengan adjustment sana sini.

Awat mee tahun ni rasa lain?

Tak sama macam tahun dulu ?

Tunggu.This is my explanation

For me memasak adalah seperti menconteng kanvas yang kosong.Tukang masak yang tak dokumenkan masakannnya pasti tidak dapat mengingati ramuan dan anggaran nya 100% tepat. Begitu juga availabilty of the ingredients.

Sebenarnya dari malamnya lagi makcik dah mula memasak tulang tulang daging dengan periuk letrik.

Berita tentang penemuan Datuk Sosilawati lewat berita,membuat makcik sekeluarga terkedu.So after 12.00 makcik masih mengikuti cari forum dan google utk mengetahui berita lanjut.

Akibatnya malam tu hampir jam 3 makcik belum melelapkan mata.Rasa terbayang rasa ngeri.Sadis dan amat kejam.

Dan akibatnya pula adalah terbangun lewat esok paginya. Pukul 8 baru pakli ke pasar untuk bahan bahan yang di perlukan.

Dan akibatnya pula  makcik tersasar dari menyiapkan masakan bila jam telah merapatkan diri. Time yang makcik janjikan untuk para tetamu  datang.

Dan akibatnya pula tergocoh gapahlah makcik bila tetamu datang dan makcik masih berbau daging,cili dan memakai apron.

 

Anyway,tetamu datang yang kebanyakan ahli keluarga belah makcik dan pakli dihidangkan dengan masakan mee yang hanya setahun sekali sahaja disajikan dari dapur rumah no.7.

 

Rombongan dari SP pula datang pada malam hari.Tentu mereka lapar nasi.Kata hati kecil makcik.

Jadi makcik pun masaklah nasi beserta ayam masak kicap pedas,telor dadar oleh kakalin dan air asam tomato oleh adik yang dipaksa membuatnya.

Habis lisiiin nasi tu. Kesian kerana tak dapat masak menu yang lebih ummmph kerana keletihan beronggeng dengan kuah mee tadi siang.

 

Ha nak tahu ,rasa tercabut kepala lutut selepas semua tetamu  pulang jam hampir 11.00 malam.Dan makcik tertidor dengan pinggan dan periuk yang bertimbun.

 

Ah…. biarkan.Bukan ada siapa nak marah.Besok sajalah bereskan.

 

Pagi tadi bergegas ke airport Kepala Batas menghantar missina menaiki Airasia kerana petang ini akan mula kerja. Aduh,kenapa Perlis tiada airport sendiri.Kan senang kalau airport hanya belakang rumah.

 

Maaf ye tak ada gambar buat masa ni kerana memang tak menang tangan nak snap gambar.Cari cable untuk camera pun entah kemana.

So missaten,mama akan upload gambar nanti ye.

image
Add caption


 

Anyway to my dear children  have happy days ahead.Senyum sokmo.Semoga tahun hadapan raya kita lebih lengkap.Amin

.

image
Add caption

6 comments:

  1. cikgu...
    selamat berhari raya...
    maaf andai terdapat salah bahasa yg telah saya coretkan di komen cikgu....

    ReplyDelete
  2. Seronok kan bila tamu datang dapat dijamu sampai kenyang. Penat tu sementara saja, tapi hati berbunga gembira...

    Next time, naik kapai tebang kecik, leh landing kat bendang belakang umah. hehehehe

    ReplyDelete
  3. Dapat saya bayangkan periuk belanga bertimbun utk di basuh..he he he
    Dah lah penat memasak kena sambung mengemas pulak
    tapi rasa senang dan puas hati bila ada kunjungan dari sanak saudara..
    Bila ada kempen nak mengundi, Hah! sound ler nak lapangan terbang!

    ReplyDelete
  4. Marina,
    bila dah setengah abad+ 1 dekad umur ,dah tak larat lagi dah .Tapi bila dapat kunjugnan hati berbunga bunga. Hilang rasa penat
    Next PRU... boleh juga.

    ReplyDelete
  5. AZie,
    Nanti pi Padang Besar boleh beli satu.Guna utk time raya saja. hee hee.

    ReplyDelete
  6. pn Rahmah,
    Selamat hari raya .Maaf maafan ya kita andai makcik juga tersalah tersilap komen mengomen ye.

    ReplyDelete