Bilik itu terletak nun di hujung rumah.Kecil.Hanya terdapat katil bujang,meja serta komputer dan almari baju plastik .Setiap kali tuan muda itu masuk ..KLIK bunyi selak.
Biarkan….
Sekarang meja komputer dan komputernya masih ada .Katil bujang masih ada.Almari plastik pun di situ juga.Tapi KLIK bunyi sudah tiada.
Kenapa?
Tuan penghuni sudah ke KL untuk mengorak langkah sendiri dan juga persiapan persiapan tentang masa depannya.
Berderai airmata
Telor dadar
Udang goreng kunyit
Tidak sempat dijamah kerana kawan yang dijanji telah datang lebih awal dari masanya.Tak mau orang menunggu katanya.
Maaf ma ba
Bye ma ba
Selamat jalan.
Jaga diri baik baik
Abah,mama berpesan.
Bilik kecil dihujung rumah ku jengok
Titis dua air jernih jatuh .
Basah pipi.
Ya Allah ya Rabbi,
Peliharalah anak ini
Wahai Tuhan kami! berilah rahmat kepada kami dari sisi MU dan sediakanlah petunjuk bagi kami dalam urusan kami.
Amin
SALAM,
ReplyDeleteLF FAHAMI DAN LF TURUT MENDOAKAN ANAK DALAM PERLINDUNGAN ALLAH SWT
LF ,terimakasih atas ingatan itu.Setiap kali mereka keluar rumah,doa ibubapa ttg kesejahteraan mereka tak lupa dipanjatkan.Semoga mereka berada dalam selamat dunia akhirat.
ReplyDeleteSalam kenal. Semoga anak-anak kita akan sentiasa menjaga nama baik keluarga
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSedih plak baca entri ni. Mesti ibubapa saya pun berdoa yang serupa juga kot.
Pn Aida,
ReplyDeleteSalam kenal kembali,
Itu yang selalu makcik harapkan pada anak.anak.Biar dah besar panjang,nasihat selagi ada.
Zezebel,salam sayang
ReplyDeletetentu sekali.Ibubapa pasti mendoakan anaknya.Makcik pun akan include zezebel sekali lepas ini.Kita doakan kebaikan utk semua.