Actually bukanlah ada apa sangat yang makcik nak cerita dalam tajuk TMS makcik kali ini.
Cuma dari pengalaman dan observations semasa menghantar anak di hari pendaftaran.Tak kiralah semasa mendaftar masuk sekolah berasrama ke,masuk kolej ke atau ke IPTA or IPTS.
Apa yang anda nampak?
Semuanya berjalan lancar tanpa queue yang panjang atau anda menyampah kerana orang yang sedang berurusan kelam kabut.Sekejap cari kad pengenalan(atau salinan) ,sekejap terlupa gambar dan bermacam macam lupa lagi
Dan anda terus mengeluh:
Eh awatlah tak bersedia dari awal.Kenapalah tak susun all those particulars dengan baik.Urusan yang hanya ambil masa 5 minit jadi 15 minit.Aduh! Lebih perit lagi orang ramai dan suasana bingit ,panas dan merimaskan.
So apa makcik buat?
Hmmm,nanti ingat kembali.
Anak makcik kalau dihitung seorang lebih kurang kena menghadapi 4 kali proses registration yang besar iaitu:
Registration tahun Satu
Registration Sekolah Menengah/Asrama penuh
Registration utk Matrik/foundation
Registration Pengajian tinggi ..Diploma dan Degree.
Jadi hitung hitung tu jadinya 20 kali lebih kurang kena menghantar anak masa pendaftaran dalam suasana yang bingit panas dan memenatkan.Proses dari satu tempat ke satu tempat.Sekejap didewan,sekejap di bendahari,perpustakaan dan entah apa apa lagi.
So apa makcik buat?
Relax. Makcik teliti surat tawaran dan arahan yang diberi.Dengan keliar folda makcik pun atur strategi.
Teliti mana kena pergi dahulu,kemudian dan seterusnya.
Teliti apa yang akan diminta ..salinan dan yang asal
So the clear folder would be tagged according to the schedule and particulars needed.Eh cari contoh yang makcik buat,tak jumpa la pula.
Contohnya katakan di post A:
Particulars A- G needed to be handed in.
So makcik susun dalam clear folder ikut turutan surat itu.
Begitu juga untuk post B,C dan seterusnya…..hingga selesai urusan.
Siapkan juga check listnya.
Jadi bila anak makcik register,mereka tak kelamkabut.Selak sana selak sini
Makcik dah atur semuanya siang siang.Kan senang!
ini bagi saya ada kaitan dengan rasa tanggungjawab dan disiplin diri. berlaku dimana2. ditol booth, pasaraya dan banyak lagi lah cikgu.
ReplyDeleteI agree.It takes discipline to make things happen as it should happen.Senang dan lancar.Tidaklah tercari cari mana kad ahli,mana letaknya kad toll.Betul kan?
ReplyDelete