Thursday, August 12, 2010

Remembering – hari raya

 

Dulu mana ada perisytiharan penyimpan mohor raja raja melayu tentang besok puasa.RTM belum  ada lagi . Jadi untuk raya,dari radio jiran sebelah lah kami dapat berita.Radio sendiri? Lambat lagi nak beli.

Bila dengar siren bomba dan ketuk ketuk dari masjid sahihlah besok kita raya!

image googled image

 

Sejak bapa berniaga ,raya kami tidak serupa. Raya bermakna menolong bapa berniaga hingga habis barang dijual.Masa itulah kami kaya! Tapi bila lihat orang bergembira berhari raya mengunjung sanak saudara,rasa sebak didada.Mau juga memberontak tak mau tolong bapa.Apa lagi kena tibailah dipagi pagi raya.

Budak budak apa dia tahu,nak seronok saja selalu.

Anyway, ada masa kami berombongan cik kiah.Ziarah semua rumah dalam kampung.Kadang berani pi luar daerah,kerana nak dapat duit raya.Nak takut apa kebenda.Life was carefree in those days.Yang kami takut pakchat gila atau benggali kerat kepala.

Pulunlah kami kumpul duit,kerana dah niat nak beli  sesuatu.Tapi kadang kadang suruh mak simpan untuk bekalan masa depan.Ha ah,kecil kecil lagi dah beringat.

Tapi bila dah jadi anak dara,taklah lagi makcik pergi sini sana.Malulah katakan.Beraya sakan ni adalah kerja masa sekolah rendah.Habis rumah orang diredah.Dapat duit raya bukan main seronok,tapi bila dapat sikit mulalah muncung mengomel.Tuan rumah taik hidung masin…..

 

image image: googled

Lagu selamat hari raya pn seri saloma memang dari dulu lagi digemari.Maka ber dang dumlah bunyi lagu ini dan mercun riuh sekampung.Raya dulu dulu memang hebat,bukan macam sekarang dok terperuk dirumah,tengok televisen.

 

Hari rayalah baru sanak saudara datang bertamu,Kerana kedhaifan,mana nak kunjung mengunjung selalu.Semua orang pun susah masa itu.Tak ada kenderaan macam sekarang,nak balik kampung bila bila masa senang.Yang tak mahu saja yang buat seribu alasan  mengada ngada.Sibuklah,outstationlah,tak cutilah.Dan sekarang alasan paling afdal…….tiket habis dah.

And  this year,raya kami masih tak cukup quorum sebab seorang jauh diperantauan dan seorang bekerja di Malaysia tapi taukeh dok di Eropah sana.Dan seorang lagi adakah tiket untuk perjalanan? Anything, I’m keeping my fingers crossed.

Semoga raya tahun ini tetap meriah.

No comments:

Post a Comment