Thursday, August 26, 2010

Patutnya ada CCTV

 

Talking about CCTV,I think the most appropriate place that should be installed one is the kitchen.

Apake yang makcik merepek tentang CCTV sampai 3 posting dah ni?

And why should a kitchen be installed CCTV ?

Ceritanya begini:

Seperti semua suri rumah,memasak untuk berbuka adalah afdal dalam bulan puasa ni walaupun setengah meja borongan param.Itulah yang berlaku dirumah makcik.

Untuk hari ini,makcik berkira kira memasak menggunakan buah labu yang dibeli di Tesco tempoh hari.

Maka bermula 5 petang berkungfulah makcik didapur:

Pengat labupekat likat manis memikat.

Gulai labu udang/ikan bilis.

Sambal tumis ikan tanpa belacan untuk tokton dan

sambal tumis udang berbelacan untuk paen

Sayur tumis air berlabu dan berkobis untuk pakli.

 

…………………

 

Maka mengadaplah meja makan kami 4 sekeluarga dan antara rungutan terdengar:

Awat pedas sangat sambal tumis udang ni.Terbakar lidah!

La tawaq hebiaq sayur ni!

Issssh isssh,maneh melecaih pengat ni.

 

FAIL

Today I failed in my task .

Tu la,kan baik ada CCTV kat dapur,boleh abah monitor mama didapur dari bilik TVdiruang tamu!

Senang cakap!

Mak hang oi, sambal tumis tu tak bubuh asam lagi.

Sayur tu kenapa tak letak garam?

Pengat tu dah cukup manis, jangan tambah gula lagi!

Anda macamana?

Adakah masakan anda sehebat hari hari yang lain?

6 comments:

  1. Dell: Itulah Mamason...lain kali bagilah kami rasa dulu, baru tahu yang mana masin, manis, atau tawar.
    Jade: Betul tu...dengaqlah nasihat kucing-kucing kesayangan ni.
    Mok: Lagi banyak ikan, lagi kami suka.

    ReplyDelete
  2. cikgu..
    macam selalu saya cakap..
    masak ni nasib-nasiblah..
    ada masa.. punyalah sedapppp....
    ada masa.... hadoi... sendiri masak.. sendiri tak lalu nak makan....
    CCTV kat dapur??... Untuk saya lah.. Tak mahu...
    saya nak bebas berkarya di dapur saya sendiri....

    ReplyDelete
  3. Mamason: Ewah,dok ngendeng saja dari tadi.Shoooosh pi main jauh jauh,mama nak masak ni.

    ReplyDelete
  4. Pn Rahmah,
    Bulan puasa ni,tengok blog masak kawan kawan punyalah terlior.Macam macam ada.
    Buat sendiri kadang ok ,kadang ko .Tapi lepas berbuka bolehlah repair masakan yang tawar.Tapi yang terlebih pedas tu ,tak berapa boleh ditolong.

    Berkarya macam pelukis mencorak idea ya.Betul tu.Masak adalah satu karya.

    ReplyDelete
  5. Elok gak pasang CCTV, selalu nak skodeng kot ada orang pecah masuk mencuri.


    Tapi kalu letak kat dapur, leh skodeng orang curi makan.. hehehehe

    ReplyDelete
  6. Ha ha dapat tangkap siapa puasa yang yok,bangun pagi buka periuk.

    ReplyDelete