Wednesday, August 18, 2010

Macam macam cerita puasa

 

Kenapa ya dalam bulan puasa ni banyak sangat cerita entah apa apa berlaku. Mungkin menguji kesabaran insan yang sedang menjalankan ibadah puasa.

Issshh. Pening kepala.Macam tak mau lagi dah .Tobat.

Pakli meluahkan kekesalan,kerisauan tentang kerjanya yang macam sedang menjalani phasa kelam kelibut.Sebentar tentang pekerja,sebentar lagi tentang kontrak dan bos bos yang cerewet.Tentang kewangan jangan sebutlah.Serabut.

Kadang kadang macam mau saja tutup telinga .Tak mau dengar lagi cerita.Itulah diminta nak tolong dia,tak mahu.Takut makcik masuk campur dalam urusan dia.Sampai nak tolong taip surat pun dia keberatan.La,setakat nak buat surat rasmi,rasanya makcik tak kurang handal.Nak balance account,no hal.Sebab masa bertugas ,berjuta duit yang diamanahkan.Lagi besar buku account sekolah yang sebagai GB perlu makcik ketahui.Mana boleh sign check buta tuli.Mana boleh approve cuti tanpa teliti.Mana boleh tanda tangan surat kerani buat tanpa ambil peduli.Hai,apa yang tak dibuat oleh seorang yang berjawatan GB.

Hai pakli.Kenapa  tak mahu guna kemahiran isteri.Tu yang jadi keluh kesah siang siang hari.

Sebenarnya dia nak makcik dok senyap senyap di rumah! Enjoy my pension.Dah lama makcik susah.

Tadi semasa blog walking terbaca kisah pengetua di Johor sana.Yang tak fikir dua kali sebelum berkata kata.Kan sekarang dah jadi sensasi negara.Pengetua rasis diberi nama.Memang kadang kadag semasa menjadi GB,panas hati makcik pun tak dapat di kawal.Lebih lagi bila murid,guru buat hal.

Sekali tu,ada murid membuat dajal pada murid lain.Kalau ikut hati mau saja habis sumpah seranah keluar.Memang kes ini melibatkan antara kaum.Makcik panggil ibubapa,cerita sebenar apa yang berlaku.Terkejut mereka kerana tak sangka anak mereka yang baik buat begitu.

Puan,silap haribulan,perbuatan anak puan boleh jadi perkauman.

Entahlah,sampai hari ini makcik terfikir adakah perlakuan itu dari fikiran anak yang nakal atau datang dari ilham sesiapa.Mujurlah sehingga makcik bersara,isu itu tak jadi bara.

Sebenarnya seorang pengetua,GB perlu banyak berharap pada nasib yang baik.Perlu banyak berdoa agar kerja menjadi senang.Tidak banyak cobaaan.

Isshh.Kenapa ya Roslin Hashim dikatakan nak bercerai dgn isteri barunya.Kan baru kahwin tak sampai sebulan?

Adoi macam macam.Ragam bulan puasa.

7 comments:

  1. salam dan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia..memang banyak cerita yang menggemparkan di bulan puasa kali ni..

    ReplyDelete
  2. CIkgu...
    banyak benar tanggungjawap GB rupanya... lebih kurang serupa dengan HOD... Macam2 tertanggung atas bahu.
    Kisah Roslin tu.. kalau dah 2x bercerai.. tentunya salah pada yg 2x ke mahkamah(roslin)... Tak Gitu Cikgu???...

    ReplyDelete
  3. MAKCIK, bulan puasa ni ada saja dugaan. Tapi saya pun malas gak nak pot, sekadar baca tapi rasa letih otak nak fikir.

    Yang buat selalu mingung, sebab nak layan ragam karenah anak-anak. Makan tak memilih tapi bila kenyang suka berebut nak tugas yang senang. Takkan basuh pinggan, buang sampah pun MAK gak nak buat, ye tak? Ops! termengadu plakkkk...

    ReplyDelete
  4. Pn Rahmah,sepatutnya lah dalam mengerjakan ibadah puasa ni,perkara yang tak baik tu eloklah dihindarkan,Ni menjadi jadi pula.

    ReplyDelete
  5. Kak ina, mcm nama anak saya.
    Hairan kan.lagi banyak pula berlaku kes kes haru biru,Cobaan kot

    ReplyDelete
  6. Pn Rahmah,
    Sebenarnya kerja guru besar macam letak sebelah kaki ke dalam.Banyak sangat kerenah dan dugaan.
    RH memang tgh hot dalam cari forum.hai RA lagi jadi penyebab katanya.

    ReplyDelete
  7. Pn azie,
    Kesiankan semua tugas ibu.Tu yang rasa sayu bila semua buat tak tahu.Semua tak mahu membantu.Sbb dia orang ingat kerja rumah absolutely kerja ibu!

    ReplyDelete