Hari ke 4-Sabtu 13.8.2010.
Jam telah menunjukkan 12.30 hari dan rumah sunyi sepi.Even the cats are having their naps.
Si hero bilik belakang pun tak kelihatan.Master of the house ke tempat kerja.Di mana ya? Kuala Perlis katanya pagi tadi.Kesian juga ku lihat badannya walau sakit ,tidak betah dirumah.Ada saja kerja yang harus dibereskan.Sedangkan ini hari Sabtu.Cuti!
Apa pula aktiviti maam,tai tai ,ibuk umah. Ha ah waktu ini ,hal dapur boleh tunggu.Kain baju dah diampaian.Rumah dah dibersihkan.Tu yang melangut ,laju menaip apa yang patut.Kalau tak patut,simpan saja dalam peti besi hati.
Sebenarnya banyak yang boleh dicoretkan.Tangan kata mahu,tapi fikiran, kata,nanti dulu.Tunggu dulu.Last last makcik kata,biarlah kat situ.Usahlah ambil tahu.
Tiga hari puasa dah berlalu,hari ini hari keempat.Berita tentang kejadian di pasar Ramadhan Jasin sunggoh malang.4 orang katanya meninggal dunia.Balik dari blog hopping makcik terfikir,semalam pun cuaca di Kangar tak menentu.Awan gelap dan angin kuat.Mujurlah tak ada apa apa yang berlaku.
Antara Menu masakan makcik so far:
Sotong goreng kunyit buah labu
Asam pedas ikan merah bersama nenas
Udang sambal tumis pedas
Ayam goreng pedas ala KFC ( dari bungkus you see)
Mee hailam cubaan pertama
Agar agar nescafe dan lain lain lagi.
Yang lain tu dipenuhi oleh jajaan yang pakli beli dari pasar ramadhan. Yang kadang kadang makcik geleng kepala:
Siapa yang nak makan?
Tiba ditengah hari,teringat pada tokton di SP.Jum kita ziarah emak.So at 4.30 bertolaklah dua suami isteri ini ke SP ke rumah adik.Menyinggah di pasar Ramadhan untuk juadah berbuka. Popia ketam dan udang memang sangat menyelera amat menyelera.
Berbuka puasa beramai ramai 4 keluarga memang meriah.Ada bihun siam,pengat labu,singgang ikan,keli goreng dan lain lain .
Hampir 11.00 baru kami bertolak balik dengan membawa seseorang.Tokton ikut pulang.Yey.Seronok mak mahu bertandang!
Day 5 – Ahad 14.8.2010
Hari Ahad. Pakli kerja lagi.Mengemas sana sini jam dah dinihari
Hey,apa nak masak ya.
Cucur udang
Agar agar
Kari ikan
Sayuran
Yang lain beli!
Hari ini berita dalam akhbar lagi lagi menyayat hati.Bapa mengamuk,isteri mati anak putus jari.Pejabat Agama,kenapa bila isteri mengadu,asyik asyik suruh sabar.Bila jadi begini,siapa yang salah? Siapa yang terkena padah?
masak best skit tau...ai nak balik.ehhe
ReplyDeletecikgu..
ReplyDeletesekali-sekali berbuka puasa beramai-rmai dengan adik beradik memang seronok.... rasa macam kenduri pula.. berebut-rebut...
Tiap kali Kak Azie pergi Perlis, mesti singgah Pasar Tani tiap Ahad tang roundabout Kangaq, cari Udang Sanggul. Pasti ronda sampai Kola, singgah Restoren Kak Su, pekena Laksa Perlih... perhhhh!
ReplyDeleteladyhermanas,
ReplyDeletewelcome home,dear.Nanti sama sama kita masak ye.
Pn Rahmah,
Seronok bila berkumpul,tukar fikiran dan gosip kecil kecilan.he he.Yang best bila anak anak dapat berkumpul dengan saudara mara.Tapi apakan daya,anak saya dah besar dan merantau.Jadi dapat berkumpul macam kecil kecil dulu pun dah jarang.
Pn azieazah,
ReplyDeletepasar tani kat Rounadabout tu dekat sangat dengan rumah.Tapi saya jenis yang malas ke luar rumah.jadi setahun sekali kot saya pergi membeli belah,lainnya dibuat oleh pakli dengan berpandukan list yang diberi.Aduhai.
SP dimana? Syukur mak ada disisi :)
ReplyDeleteya berita2 diakhbar menyedihkan :(