Saturday, August 21, 2010

bila bersilat di medan perang

 

Semasa masih dalam jawatan,hai macam macam ragam manusia yang makcik jumpa:

Yang bertungkus lumus tanpa mengenal lelah dan masa.Wang ringgit juga tidak berkira.

Yang suka mengelat,banyak reason ,itu ini tak boleh buat.

Yang depan kita,amboi punya baik,tapi bila belakang,lain cerita.Mengadu domba.

Tapi antara segala macam kerenah yang tak ada ampun kurnia adalah penyampai berita.Ini yang paling makcik takut andai kita sendiri yang melakukan atau kita yang jadi mangsanya.

Adalah satu ketika,bila makcik diberitahu oleh seseorang yang makcik telah diadukan oleh seseorang kepada seseorang.

Melenting? Hei bukan aku!

Makcik biarkan.Sekali dua makcik maafkan.

Adalah bila dah kemelaratan,makcik berjumpa tuan punya angkara,beri dulu positif attributesnya sebelum menyuarakan isi hati duka lara.

So dari situ makcik perhati,bila nak berkonfrantasi,jgn menyerang membuta tuli.Plan strategi.Cari kebaikan orang itu dahulu sebelum menyatakan apa yang perlu.Dont you itu,you ini yang negatif.Lebih baik: I feel…I hope …

Sebab bila kita mulakan dengan you,you,the other party would turn defensive.Ini lah yang membuatkan dia akan cari all the reasons to attack you.Sudah tentu you pun sama defensive.So apa jadi?Perang besar you see.Kerana dua dua offensive defensive.

Betul tak?

Harap harap di bulan mulia ini tak ada ye yang bersilat.Bersolat lebih baik.

4 comments:

  1. Terimakasih CIKGU atas perkongsian pengalaman. Orang lama ni memang matang dan bijak dalam mengendalikan kemelut...

    ReplyDelete
  2. Dah terlalu banyak tempohi kemelut dlm hidup dan pekerjaan,kena juga cari jln penyelesaian.So makcik banyak baca.Ada lah juga sikit sikit apply apa yang dipelajari.Kdg2 menjadi.Kdg2 kena angkat kaki.

    ReplyDelete
  3. tu lah hikmahnya org lama. org sekerang cepat melenting, zaman semua nak cepat reaksi, tak fikir2 dulu. mmg betul strategi keamanan ialah puji2 dulu, create the postive ambience baru present the case, sejuk telinga dengar, sejuk lagi hati terima.
    ni yg saya cuba apply dgn anak2, almaklum duk rumah tak deal with kawan2 sekerja :)
    tapi selalu jugak tersasar lupa nak apply strategy sbb darah naik dah menguasai..

    ReplyDelete
  4. Pn Nur,
    Makcik masa muda dulu pun terrror.Asyik nak marah dan menang saja.Sekarang sesal juga .Awatlah tak berdiplomasi.Tapi sejak tua tua ni,dah banyak juga berubah.Alhamdullilah.

    ReplyDelete