Kalau anak anak kita,malas nak buat kerja rumah, sila lah segan kat kawan kita ni.Walau haiwan berkaki empat,tapi semangat nak bekerja tak pernah lemah.
Dell or Dello memang kucing hyperactive.Sebelum dia sakit,makcik amat terhibur dengan keletahnya yang tak jemu jemu ambil tahu apa yang orang buat.Macam Nen,yang mula mula jadi kucing peliharaan dulu.
Dia amat minat kerja yang pakli buat.Biar pakli sapu sampah depan halaman,tebang semak dia mesti ada buat teman.Setiap balik pakli dari kerja,panjang saja telinga nya. Dengan bingkas dia bangun terus menerpa.Untuk check apa ada dalam kereta.
Kalau makcik kerja di dapur,rajin pula dia menegur.Taulah apa dia hendak.
Meeeeeeeeeeeeeeeeeeow. Eh bukan ,dia tak bermeow.
Eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik
Yang makcik sayang kat dia,sifatnya yang kudus.Dia akan pandang kita macam hendak berkata kata.Sayu sahaja gayanya:
Makcik,boleh kami minta kerja.Tukang sapu pun tak apa.
takat sapu sampah,anytime boleh.
Nak masak,micro wave kan ada.Nohal punya
Nak basuh baju, encik fuzzy logic panasonic serba tahu.
Tapi ini yang letih.Panjat tinggi tinggi rasa nak pening! Silap silap jatuh tertungging.Auuw.
So anak anak cubalah malu,kalau rumah sana sini berdebu,bilik air jadi karat,sawang merenang tak menentu. Kain baju berterabur,sampai tak kenal yang mana baru,yang mana lusuh.Atau yang mana naik hapak sebab tak berbasuh.
Susah sangat employ lah Dello.
Bye.
Nak tunggu bola,sampai tidor pun tak lena.
ahahahahahha.ok nih post paling kelakar!!
ReplyDeletehai bukan kelakar saja tapi menggegar.Tak faham? mama saja main hentam.
ReplyDeleteDell,
ReplyDeleteJom tolong kami lipat kain? Mama kata dari dengkur aje atas kain tu, apa kata tolong lipat, lepaih tu simpan dalam lemari. hmmm....kalau baju nanti penuh bulu jangan marah tau! har har har *evil laughs*
Lipat kain ?Sorry,time ni Dell rehat.Nak kejar kak ti sampai dapat.
ReplyDelete