Rasanya tak mau lagi makcik tulis tentang monsters Around us.So malam ni juga makcik publish sbb dalam draft banyak cerita dok nanti . Lagi pun besok nak bercuti dari dok mengadap lappy.
Entahlah makcik banyak sangat dalam hidup ini kena berurusan dengan orang orang yang boleh saja diklasifikasikan mempunyai toxic personality.
Kadang toxicity mereka ni mengatasi ledakan nuklear reactor Balkan. Mungkin ini adalah suratan atau kebetulan.
Kalau orang lain semasa usia pembesaran,diulit manja,tapi makcik kena semburan toxicity. Sometimes tertanya juga.Jahat macam manakah aku dulu dulu kala.Kuat berontakkah.Kuat menjawabkah?
Tapi bila makcik keluar dari rumah(bukan lari tau) toxicity tu makin menjadi jadi.Lepas satu,dua yang mari.Jadi makcik buat kesimpulan:
Eh tak ada lah aku yang teruk.Kalau tidak,bila aku tak ada ,mestilah keadaan aman tenteram,Tapi sebaliknya …aduh macam perang dunia akhir zaman!
Tapi akhirnya terburailah cerita kenapa kami jadi begitu.Pengakuan dari tuan punya angkara.Sebab sakit hati,hah apalagi,en.bomoh dicari,supaya keluarga itu saling membenci!Itu pengakuan dia sendiri!
Bila aku merantau,ingat tak ada lagilah kisah sedih ini.Tapi tercampak tinggal dengan situasi yang toxic juga.Bergaduh sesama sendiri,bergaduh dengan jiran sampai aku naik mangli.Angkat bungkus terus lari.
Permulaan kahwin kami juga toxicity tak lekang.Adalah kerana masing masing bodoh piang.Lama lama dah serasi.Makcik lebih diam kalau situasi menjadi berapi.
Antara yang makcik google dlm topic: How to deal with toxic people…. saranannya:
Larilah jauh jauh.Kalau boleh buatlah rumah di Antartika.
Pekakkan telinga.
Keraskan hati.Bukan keras hati.
Dan akhir sekali:
Tanyalah diri : Mungkin anda yang lebih toxic lagi.
Buku buku ini makcik beli, semasa tengah berurusan dengan orang orang yang susah dimengerti.
Sedarkah kamu wahai manusia,antara hari ini dan semalam.
At least adalah sedikit pengetahuan,apa yang perlu buat ,bila anak buah ,anak didik,anak sendiri dalam keadaan begini.Begitu juga diri sendiri. Namun ulasannya: Lain kali.
FOOTNOTE: 1.
For boss yang dok dapat anakbuah tak dengar kata,cubalah cari buku sejenis macam ini.Kawan saya tanya,macam mana saya boleh lepas dari keadaan yang berapi semasa bertugas,saya jawab:
Sebelum nak cakap rehearse dulu dalam hati .Tak perlu jadi senapang yang menembak laju ,cakap baik baik lagi sampai maksud yang dituju.
Pujian bukan kejian yang orang nak dengar.Gunalah senjata itu,tak rugi se sen atau se dinar.
FOOTNOTE: 2.
Bukan semua orang yang toxic itu toxic semuanya,mungkin terselit permata dimana mana.Tapi toxic people itu adalah orang!
Dan toxic juga bukan bermakna mereka yang lantang suara,tetapi juga mereka yang nampak manja! Cakap sopan,tapi ….hati …kena sembur minyak wangi!
Cikgu..
ReplyDeletesikap dengki dan berbomoh ni memang masih kental dalam hati sebilangan 'orang2 kita'. Jika kita sedar setiap orang akan merasai mati dan akan diberikan pembalasan, tiadalah perasaan hendak berbomoh itu... dari zaman atuk nenek kita dulu hingga hari ini memang berbomoh ajer tempat maknusia begitu mengadu. Hanya Allah sajalah yang dapat membalaskan segala perbuatan khianat mereka terhadap sesama insan...
orang yang buat begitu adalah selfish.Mereka tak ingat anakcucu.Walau kita dah pergi ,tapi kdgkala balasan tu menimpa anak cucu sendiri. Percayalah.
ReplyDeleteAnyway,those who emerge from problems scratched are the winners in life.Bukan yang guna taktik kotor tetapi tangan nampak bersih.
ma'am,
ReplyDeletesaya kalau diberi pilihan toxic people dgn intoxicated people, keduanya saya cuba mengelak.
Mr.Noir,
ReplyDeletesir,
kedua kedua combination is too lethal.Baik lari jauh jauh ke kutub utara kalau tidak naya.