Sunday, June 20, 2010

Bila hati meletup

 

You goreng hati.Tak kira hati lembu ke,hati ayam ke ,silap silap boleh meletup kan?

Begitu juga hati manusia.Jika banyak sangat persoalan,permasalahan yang diterima,last last dia pun meletup.

Meletup bagai hati goreng minyak panas.meletop dan terpercik kepada si penggoreng dan orang di sekitarnya.So Awas  bila goreng hati.

Persoalan kepada kenapa susah nak cari  orang bekerja dengan RCS membawa kepada jawapan jawapan tahap skema yang berapi.

Andaian andaian adalah:

_ sekarang musim bola

_ makan minum mak bapak taja sepenuhnya.Duit top up included.

_ memang sejak azali,kaum kita banyak buang masa.Tak percaya?Lihat sepanjang jalan.Kedai makan buka sampai pukul berapa.

_ yang tak sihat banyak sangat. Lebih lagi yang tak peduli makan minum,mandi manda kerana keasyikan melampau main games sampai tak tahu bila malam bila siang.

_pi check pusat serenti.Bin ke or a/k or surnames ke yang banyak.

_ cita cita melangit.Skim cepat kaya dari pak man telo,labu sayung ,sapa yang banyak gigit jari.

_ bergaya tak kira mampu ke tidak.Biaq card credit berderet tapi jangan simpanan menimbun.Have a saving.No no.Boleh pinjam kan? Kad kredit,along kan ada.Bank kan pak saudara punya.

Ah,there’s so much rots in around us that as a former teacher I questioned myself have I failed in my task?

So anak anak yang biasa kena putar telinga oleh makcik masa makcik mengajar tu adalah kerana makcik tak mau melihat anak anak jadi seperti one of the above.

Makcik pernah menangis bila anak murid tak buat kerja sekolah.Hidup tanpa wawasan ,wawasan tanpa usaha,adalah kerja sia sia.

So anak anak bangun lah.Jadilah manusia.

Yang dah berjaya tu,renunglah,check balik,telinga yang kena piat dahulu tu ,lari alignment atau tidak.

Dari hati sedih,panas,rimas seorang ibu,isteri juga guru!

Enough said!

No comments:

Post a Comment