Sunday, March 28, 2010

Adab menziarah

Chanced upon a posting on the ethics of visiting the sick. Thanks penaleklok.


a) Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan itu mungkin mengganggu pesakit yang hendak rehat, disarankan dengan bersederhana. Kekerapan boleh dilakukan selang sehari jika keadaan pesakit itu baik.

b) Hendaklah disentuh dan pegang tangannya serta letakkan tangan didahinya dan tanya tentang penyakit serta keadaannya sekarang.

c) Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan ....( sebut namanya).

d) Doakan dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul, Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.

e) Berikanlah nasihat-nasihat yang baik. Serta ucapkan perkataan 'sabarlah sakit ini adalah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak'.

f) Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadat ziarah itu.

g) Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:"Ya Allah hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dari Mu jua sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit" . (At-Tarmizi)

h) Disunatkan orang yang menziarahi pesakit berdiri di sebelah kepala pesakit.

i) Mengingatkan pesakit tentang syahadah jika ia sedang nazak

 

Coming back from visiting MIL  I had these observations:

Family came in droves dragging noisy prancing kids

Visiting hours and rules are merely posters.

Talking not ssshing. Sometimes I wonder whether they realise they were in a hospital.

Eating freely in front of the sick.What if the sick nak makan juga tho its detrimental to their health.Siapa nak jawab!

 

And I remembered one comment from a Chinese teacher friend who asked me way back  : Orang Melayu kalau lawat orang sakit mesti datang satu kampung ka?

Well miss Lee this what I had to say:

The more the merrier!

No comments:

Post a Comment