Wednesday, August 19, 2009

Biarlah Rahsia

 

Berkata seseorang padaku :  Terimakasih cikgu kerana simpan rahsia saya Kalau orang lain dah pecah sekolah ni.

I was asked to be a witness and record the proceedings of an in house disciplinary action against a staff.The person soon moved out to another state.

Abang jangan cerita kat sapa pun apa yang abang nampak pada hari ini. Pesan aku berulang kali pada anakku. Biarlah insiden ini kita saja yang tahu.

Peristiwa berlaku semasa anakku dan abahnya dengan tidak sengaja bertembung dengan situasi yang melucukan dan memalukan disebuah sekolah.

Pasti kecoh sebuah sekolah andai anakku menghebohkan pada rakan rakannya.Macam tak percaya bila sijil berhenti sekolahnya mencatatkan pujian yang terbaik untuk kelakuan nya.

I had another test when I accidently uncovered bundles of love letters and messages from one staff to another.Their intrinsic romances were stuff for a hot gossip. Even though the persons concerned had been bitter towards me .I could easily pay back by passing them around. Who cares! I was young at that time.

Mungkin pesanan dan pengajaran mak untuk tidak menjatuhkan maruah orang membuat aku membakar saja hasil kerja dan curahan hati mereka. Masing masing bergelar suami dan isteri orang.Biarlah menjadi debu dan biarlah rahsia mereka menjadi rahsia aku.

 

Menjaga maruah orang selalu aku tekankan pada anak anakku dan anak didikku.Janganlah suka menjaja cerita orang dan mensensasikan nya. Kerana what comes around comes around.Percayalah.

 

Hari ini kita bersuka atas duka dan malu orang

Esok lusa

Dunia berjoget atas

Atas aib dan malu kita.

No comments:

Post a Comment