Tuesday, January 21, 2020

There's nobody like him....


42 tahun cikson jadi menantunya.
42 tahun juga cikson kenali hati budinya.
Dan cikson boleh kata...nobody's like him.
Gentle ,caring ,affectionate and all the other positive vibes that he transpires.

Ayahanda Saad Ahmad sudah kembali kepada penciptaNya.
Jam 1 pagi di Hospital Tuanku Fauziah dia menutup matanya.
Dan besoknya jam 11 lebih dikebumikan di tanah perkuburan Tok Paduka.

Tiada lagi kelibat dia bercucuk tanam di laman RBL.
Tiada lagi dia memberi makan ayam ayamnya, membakar sampah di belakang rumah.
Membawa sesikat dua pisang atau buah buahan ke rumah.
Melawat RBL, minum kopi dipetang hari
Berjumpa cucu cucu cicit cicit yang sangat sayang padanya.

Yes, there's nobody like him.

Mertua ku yang ku hormati,
Bersemadilah kamu dengan tenang
Semoga rohmu ditempatkan antara mereka yang beriman dan beramal soleh.
Al fatihah.

Bila seseorang yang baik peribadinya , maka pemergiannya jadi ingatan pada mereka yang tinggal.
Teringat arwah tokton, yang pemergiannya ditangisi anak cucu,menantu,saudara dan kawan rakan.
They are one in a million. Susah nak jumpa.



2 comments: