Sunday, June 18, 2017

Bila nasi jadi bola....toing toing toing.

 Menonton video dalam fb semasa menunggu azan berbuka, hati jadi gundah gulana.
Dua video fb masuk dalam newsfeed cikson menceritakan isu yang sama. Heee..nak dekat bukak puasa ni tertonton pula hal begitu.

Nasi plastik!
Brand beras yang ditunjukkan pun adalah beras yang sama. Baru taksat cikli pi beli dekat supermarket dekat rumah. Baru dua pot cikson masak dalam rice cooker.

Apakata buat eksperimen macam video tu.
Nasi dikepalkan menjadi bola.
Lantunkan dia
Toing toing toing laju saja dia melantun macam bola . Dapat kat Fahim tentu dia suka.
Cikson bakar pula . Dia berbunyi shrit shrit macam palastik...dah kenapa kau.

Well.... cerita kat cikli. Cikli kata tentu KDNKPK apa ke entah dah pantau. Tentu KKM dah tau cerita ni bukan baru. Tentu kerajaan tak biar benda ni berlaku. Kalau benar nasi tu plastik,dah lama kita semua mati berjemaah. Itu rational cikli.

Lauk semua dah berhidang. Nasi terpaksa jadi santapan. Cikli makan berpinggan pinggan. Tapi cikson macam tercekik kat kerongkong. Akhirnya makan lauk yang lebih. Roti Benggali Penang mari berkrim dan berkaya yang jadi habuan.

Lepas tu cikson watsap anak anak. Anak yang makan beras Brasmathi cikson suruh dia jalankan ujikaji. Beras mahal tentulah ok kan. ...

Tadi terbaca pula dalam forum...ada yg kata nasi kalau dikepal memanglah jadi macam tu...oh gitu.
Entahlah...tak pernah kepal nasi sebelum ni dan jadikan bola yg melantun

Toing toing toing.....hehe. Tak berkecai pun.

1 comment:

  1. Apa yg saya boleh rumuskan
    Berniaga boleh dapat untung.
    Tp jika untungnya dlm perniagaan menipu.. sprt beras plastik.. telur palsu..
    Mmg perniagaan tersebut boleh membawa peniaga ke Neraka.

    ReplyDelete