Wednesday, October 26, 2016

When it rains,it pours...

Sedih . Terkaku.
Itu rasa bila lihat kebakaran HSA semalam.
Macam baru saja aku masuk ke wad ICU tetapi dihospital lain.
Suasana dalam bilik itu menerjah kembali .
Mesin mesin dan wayar wayar yang memainkan peranan untuk menyelamatkan pesakit yang berjuang untuk kelangsungan kehidupan berselirat.
Doktor dan staf yang tidak henti henti merawati pesakit.
Di luar bilik,kaum kerabat sedia berkampung . Tidur dikoridor dalam sejuk malam. Tanpa kemudahan hanya dibentang tikar atau pelapik saja.
Keadaan sunggoh tight lebih lebih lagi buat family yang ada salah seorang daripada mereka sedang berjuang nyawa,
Keadaan itu tak akan lupus dari ingatan. Selagi hayat dikandung badan.

Semalam 6 nyawa terkorban bila berlaku kebakaran di wad itu.
Banyak spekulasi viral disosial media tentang punca kejadiaan malang itu.
Tapi,biarlah punca berkuasa yang mencari puncanya. Jangan percaya bulat bulat saja.

Tapi rupanya bukan trajedi kebakaran HSA saja yang menimpa bumi Johor semalam.
Rupanya ada beberapa kejadian tidak diingini terjadi.
Banjir kilat buat sesetengah tempat di genangi air termasuk klinik yang ada mangsa HSA ditempatkan.
Letupan gas distesen minyak mengorbankan nyawa juga menghiasi berita.
Tentang ribut disebuah kawasan
Dan malamnya ,tersebar berita sebuah sekolah pula disambar api kerana petir.Tapi ini katanya hanya kabar angin pula.

Ujian buat semua...
When it rains it pours.
Dan pagi ini,talipon cikson pula hilang nyawa. Tak ada respons walau cuba diberi talian nyawa..chargekan dia .
Adoi...nak minta duit la pula.
Tapi teringat cikten nak pass kan handphone dia . .....betulkan cikten.
Selamat ongkos hamba..

1 comment:

  1. Bila ujian menimpa...pasrah dan redha kerana itu kententuanNya walau berat hendak diterima...

    ReplyDelete