Monday, October 10, 2016

PT3? ......oooh PMR .

Hari ni tv awal awal pagi dah war warkan PT3 ni.
Tergaru garu kepala juga makcik yg dah jauh dari dunia pendidikan tetapi tetap dihati.Perkembangannya masih didekati.
Tentulah lebih gawat lagi buat makcik,pakcik misi,kerani yang tak ada anak sekolah lagi..
Begitulah...dulu lain sekarang lain.
Dulu SRP, LCE...itu yang kami kenali.
SRP untuk sekolah kebangsaan dan LCE untuk yg pi sekolah orang putih macam makcik ni...hihi.

Terimbau kembali LCE yang diduduki berdekad dekad lalu.
Sultan Badlishah School nama sekolah kami.
Sekarang nama dia pun dah beberapa kali ditransformasi.
Ada banyak tambahan dan olahan yg dilalui.

Masa form three ....akhir tahun ujian ni pelajar berumur 15 tahun akan diuji.
Dan cikson jadi batch pertama LCE ada ujian objective ni
Terkial kial kami jadi peneroka ujian yg dulu semua secara subjective.
Dan rasanya kalau tak salah itulah tahun terakhir LCE......namanya ditukar kepada SRP.

Begitu juga SC/MCE...makcik juga jadi batch terakhir. Kerana tahun berikutnya jadi SPM sampai kini.
See....banyak perubahan dalam dunia pendidikan di Malaysia kan.Kadang kadang sampai orang ramai pun keliru tak ketahuan.

Selamat Menempuhi PT3 anak anak..
Semoga mendapat hidayat
Menjawab soalan dengan cermat.











No comments:

Post a Comment